Teknik Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalamualaikum wbt..

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah.

Entry pada kali ini saya ingin berkongsi apa yang saya baca melalui Facebook  dan memandangkan pengalaman yang diceritakan adalah sangat bermanfaat untuk dikongsi bersama maka saya copy paste kan disini:

 

Ini cerita betul , bukan mitos . Cerita dongeng ke apa . Saya suami isteri kawin muda lepas belajar . Lepas kawin ‘kosong ‘ , duit zero . Kawan2 lain kerja , kami tak nak kerja . Nak niaga . Kami naik sampai sekarang dengan berpaksi kan hidup nak berubah demi Allah . Dari zero sekarang boleh tolong mak ayah , rumah selesa , ade kereta selesa , makan mewah , ade duit simpanan boleh kata banyak jugak . Kiranya kekadang tak tahu macam mana bole senang macam sekarang . Kita kekadang lupa Allah ada . Banyak cara sebenarnya die boleh tolong kita kalau kita mintak kat dia . Kalau mintak kat manusia sapa nak layan.

Dulu tak solat, sampai lupa dah ayat2 semua , kena baca balik buku cara2 solat , pelan2 solat , tak boleh tinggal , kena sungguh2 taubat

Suami hari2 solat dhuha ,yang mana saya  tak mampu yang tu . Tiap pagi dia akan solat dhuha , tak boleh tinggal kata dia solat dhuha tu wajib . Sebab kita tidak ada bos . Bos kita Allah . Jadi kena presentation lebih kat Allah.

Dulu orang gelak kami niaga online , sekarang alhamdulillah ramai kawan2 dan keluarga nak berniaga jugak .

Dulu saya ingat hidup kena 80% usaha , 20% tawakal . Tapi sebenarnya = 80% tawakal , 20% usaha . Dari dulu saya seorang yang pentingkan usaha , exam wajib stay up malam , kena usaha . Solat tak payah . Apa ada dengan solat dapat gak A . – ayat seorang jahil . Astagfirullah

Sy bercakap jujur dgn pengalaman sendiri .

Sila amalkan ini.

♥ Maksud REZEKI
– kasih sayang
– kewangan
– kesihatan
– ibadah

 

♥ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000

♥ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dengan mak.. Mintak mak redha dengan apa yang kita buat..

Baca:  Luahan Hati Yana Shamsuddin - ISu Selfie sambil Breastfeed

♥ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak

**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan dorang macam mana  nak bukak tabung2 nie**

♥ Ramai yg sibuk jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT

 

sholat-dhuha

1♥ Solat awal waktu
Lelaki – 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ada  kat masjid!

2♥ Solat Dhuha
– eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
– Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
– Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bagi salam..

♥ Jadilah JUTAWAN yang memberi manafaat pada orang lain!

3♥ Tahajjud
– buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
– Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan frust kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. Merengek merintih pada Allah apa yang kita nak.. Apa yang kita impikan.. Apa yang kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
– Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!

♥ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sebab ada sorang peserta tu adik dia pinjam 98ribu dah bertahun2 tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yang 10 tahun lepas punya kes..

Baca:  Lirik Lagu Oh No - Tasha Manshahar ft Viral

 

caramenjemputrezeki

4♥ Sedekah
– beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,

Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat mcm ni dgn penuh perasaan)

♥ Buat TABUNG SUBUH
– Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dengan penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..

 

rezeki allah

Formula YAKIN

1.Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal

9 kali kena yakin!!

 

5♥ Baca Al-Quran
– paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
– Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..

6♥ Istighfar setiap hari
– baca zikir ‘Ya Wahhab’ je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..

7♥  Jaga Wuduk setiap hari
– latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dalam wuduk pastu pergi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk pulak.. Lepas dah jumpa client baru la ambik wuduk sebab masih dlm proses latihan.. Bagi kelonggaran pada diri.. Jangan berubah secara drastik..

♥ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

 

redha-tawakkal

TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU

Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bayangkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bayangkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..

Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..

Semoga bermanfaat untuk semua..

 

Related Post

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*