Resepi Roti Jala Lembut, Mudah dan Sedap

Roti Jala Sedap Ringkas Resepi

Roti Jala

Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 – 3 sudu besar minyak masak
secubit garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
1. Kisar semua bahan di atas hingga sebati.
2. Panaskan kuali menggunakan kuali non stick agar adunan tidak melekat.
3. Lepas jala atas kuali biarkan hanya beberapa saat, angkat dan gulung tanpa perlu balikkan.
4. Boleh dimakan dengan kari ayam/daging

Untuk menjala boleh gunakan alat seperti di bawah atau boleh juga kalau anda kreatif menggunakan botol plastik yang biasa digunakan untuk isian sos di gerai-gerai makanan.

Alat Membuat Roti Jala

Botol Plastik Alat Roti Jala

Baca:  Lirik Lagu Wanita Terakhir- Fattah Amin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*