Resepi Ringkas Sambal Petai Ikan Bilis Bersama Sotong atau Udang

Sambal Petai Ikan Bilis Dengan Sotong Udang Sedap

Sedang mencari resepi sambal petai ikan bilis?? nak lebih sedap tambahkan dengan udang atau sotong. Resepi yang admin kongsikan di sini memang ringkas dan sekejap sahaja dapat disiapkan. Suami dan anak-anak pun suka. Boleh juga dijadikan sambal nasi lemak.

Bahan untuk di kisar halus

10 tangkai cili kering (potong pendek dan rebus)atau boleh gunakan cili giling
2 labu bawang besar di belah 4.
1/2 labu bawang putih

Bahan-bahan lain

1 senduk minyak (utk tumis)
Bawang besar dihiris untuk menumis
Petai 5-10 keping (ambil isi sahaja dan dibelah dua atau empat)
ikan bilis 1 genggam (direbus)
1 labu bawang besar hiris nipis bulat2
garam dan gula secukup rasa
Kiub Pati Ayam
Sotong /Udang yang telah dibersihkan (direbus)

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar sehingga naik bau
2. Masukkan bawang besar dan putih yang telah dikisar. Biarkan seketika
3. Masukkan cili giling atau cili kering yang telah dikisar
4. Pastikan amaun cili yang dimasukkan ke dalam kuali adalah lebih banyak daripada bawang
5. Biarkan seketika sambil pecah minyak
6. Masukkan gula, garam, kiub pati ayam/ikan bilis secukup rasa
7. Rebus sotong/ikan bilis/udang
8. Masukkan bahan rebusan ke dalam kuali..
9. Masukkan petai
10.. Tadaaa.. dah siap.. kalau semua bahan dah tersedia, dalam masa tujuh minit pun dah siap. Janji dijamin sedap

Baca:  Kenali Profil Pelakon dan Penyanyi Ayda Jebat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*