Resepi Rendang Ayam Mudah dan Sedap

Resepi Membuat Rendang Ayam Sedap Ringkas

Assalamualaikum..

Disini ada resepi rendang ayam yang boleh dikongsi bersama. Boleh suaipadankan dengan daging pun sedap.. Antara masakan yang wajib semasa Hari Raya atau berkumpul bersama-sama dengan keluarga di kampung.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam/ daging batang pinang
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 helai daun kunyit (diracik)
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 batang cengkih
2 sudu besar kerisik
1 sudu kecil garam dan 1 sudu besar gula
Kiub pati ayam – optional

Bahan kisar:-

15 tangkai cili kering atau boleh gunakan cili giling
3 sudu cili giling (ambil daripada cili yang dikisar)
15 biji bawang merah (kalau tiada boleh juga gunakan bawang besar)
15 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 batang serai.( dihiris halus)

Cara-Cara

1. Masukkan minyak ke dalam kuali.
2. Tumiskan dengan cili giling, kulit kayu manis,bunga lawang
3. Masukkan bahan kisar.
4. Biarkan seketika sehingga pecah minyak
5. Masukkan ayam, kerisik, santan pekat ,air,garam dan gula
6. Biarkan api dalam keadaan sederhana besar dan masak hingga kering dan naik minyaknya.
7. Hiriskan daun kunyit nipis2 dan masuk kan dalam kuali..
8. Gaul sebati dan sedia dihidang

Carian Berkaitan:

resepi rendang ayam sedap

Baca:  Perkara atau Cara Yang Membuatkan Kita Berhenti Marah Pada Anak Kita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*