Resepi Rendang Ayam Menggunakan Susu

Resepi Membuat Rendang Ayam Sedap Ringkas

Bahan-bahan:
3/4 ekor ayam
2 Senduk susu segar
2 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit – dihiris halus
Garam
Kiub ayam tanpa MSG
Gula/gula merah
Air perahan asam jawa
Kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
6 sudu cili giling/kisar
Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang merah
6-8 ulas bawang putih
1 sudu  kunyit serbuk/ 1 hirisan kunyit hidup
2 helai daun limau purut
3 batang serai
2 inci halia
2  inci lengkuas

Cara-cara:
1. Tumis  buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan  cili giling dan bahan yang dikisar sehingga  pecah minyak.
3.  Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam sebati dengan bahan kisar dan biarkan seketika.
4. Terus masak dengan api kecil sehingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan susu segar. Kacau dan biarkan sebati dengan api yang perlahan.
6. Masukkan kerisik, garam, dan perahan air asam jawa.
7. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan sedia untuk dihidang.

Resepi Membuat Rendang Ayam Sedap Ringkas

author
Author: 
    Resepi Pais Ikan Kembung Bakar Pedas
    As salam, Jumaat lepas, teringin sangat nak masak Pais Ikan Kembung Bakar. Balik
    Resepi Ikan Kembung Bakar Special
    As salam, tadi belek-belek gambar dalam smartphone, terpandang la gambar ikan bakar yang
    Resepi Kek Batik Vico
    Bahan-bahan Resepi Kek Batik Vico 340gm (12oz) mentega 500gm vico/milo 100gm nestum 1 tin
    Resepi Kari Tulang Daging Lembu Menggunakan Periuk Noxxa
    Bahan-bahan Resepi Kari Tulang Daging Lembu Bahan A: 1 kg tulang lembu tempatan (pilih

    Leave a reply "Resepi Rendang Ayam Menggunakan Susu"