Resepi Puding Roti Berkaramel

Resepi Puding Roti Karamel

Karamel :

1/3 cawan gula pasir (dalam 4-5 sudu besar gula)
1/3 cawan air panas

Cara-cara :

Hanguskan gula sehingga keperangan dan masukkan air. Kacau dengan api yang sederhana agar tidak berketul.

Puding :

3 -4 keping roti
6 biji telur A (dipukul sedikit tetapi jangan sampai berbuih)
1 1/2 cawan susu cair
1/4 cawan air
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :

1. Potong atau carik -carikkan roti kecil-kecil.
2. Kisar roti bersama susu cair, susu pekat dan air sehingga sebati.
3. Pukul telur dengan mixer. Kalau tidak ada mixer boleh guna blender sahaja. Pukul jangan sampai kembang
4. Masukkan telur yang dipukul tadi ke dalam adunan dan gaul perlahan-lahan.
5. Tapiskan.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang/bekas yang berisi karamel tadi.
7. Kukus sehingga masak

Related Post

Baca:  Teknik Mudahnya Menjemput Rezeki

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*