Resepi Pizza Viral Cepat, Mudah dan Enak

Bahan Bahan Membuat Pizza
Bahan Bahan Membuat Pizza

Assalamualaikum wbt,

Resepi ini sebenarnya diambil hasil daripada kongsian (share) Rafiza Idayu melalui Facebook  yang telah dikongsi semula di blog/website dan diletakkan di sini untuk rujukan semua.

Resepi Pizza menggunakan 6 bahan mudah iaitu:

1. Bahan

6 sahaja bahan bahan mudah buat pizza ekspress.

1. Roti Paratha Segera brand Fatihah (frozen)
2. Sos Spagetti segera brand Kimball
3. Sosej brand Ramly dihiris nipis
4. Nenas
5. Bawang holland dipotong dadu
6. Keju Mozarella

Bahan Bahan Membuat Pizza
Bahan Bahan Membuat Pizza

2. Cara-cara.

 

Topping Pizza Mozarela Cheese Nenas Bawang
Topping Pizza Mozarella Cheese Nenas Bawan
  1. Letakkan minyak di atas loyang bagi mengelakkan  pizza daripada melekat.
  2. Susun roti paratha atas loyang. Sapu sos spageti kimball ke atasnya. Sementara itu panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius menggunakan api atas bawah.

  3. Letakkan mozarella cheese pada roti paratha. Mozarella cheese akan memberikan kesan cheese tarik.
  4. Susun sosej atas pizza. Sekiranya anda ingin menggunakan bahan lain seperti ayam/udang seeloknya masakkan dahulu menjadi separa masak.
  5. Tambahkan dengan hirisan nenas dan bawang holland. (bergantung kepada kreativiti masing-masing, boleh latakkan cendawan/ cili dan sebagainya)
  6. Taburkan sekali lagi mozarella cheese yang telah siap diparut atau cheddar cheese.
  7. Masukkan dalam oven dan letak ditengah tengah oven menggunakan api atas bawah. Masak selama 20 minit. Boleh guna suhu 170 atau 180 darjah.
    Pizza Cheese Sedang Dibakar
    Pizza Cheese Sedang Dibakar

    Pizza Siap Untuk Dimakan
    Pizza Siap Untuk Dimakan
Baca:  Niat Puasa 6 dan Hukum Gabung Puasa 6 dengan Puasa Ganti

1 Comment on Resepi Pizza Viral Cepat, Mudah dan Enak

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*