Resepi Pais Ikan Kembung Bakar Pedas

Pais Ikan Kembung

As salam, Jumaat lepas, teringin sangat nak masak Pais Ikan Kembung Bakar. Balik dari opis je, terus singgah kejap di Pasar Malam Putrajaya, beli barang keperluan.

Pais Ikan Bakar

So, hari Sabtu, baru masak. Buat pedas-pedas! Sslrrrrppp! Mesti menyelerakan! Kalau korang nak cuba buat Pais Ikan Bakar nie, boleh cuba ikut resepi nie. Simple je! Bahan-bahan utama yang kena korang adakan adalah:-

100320123850

Beberapa ekor ikan kembung (selain ikan kembung pun boleh macam ikan mabung atau ikan pari) yang disiang, dikelar dan dibersihkan.

3

Daun pisang

4

Bahan perapan pais ikan

Ini bahan-bahan untuk kita gaulkan dan perapkan bersama-sama ikan kembung tu nanti. Semua bahan-bahan nie kena tumbuk atau nak blend pun boleh. Antaranya :-

  • Bawang kecil 3-4 ulas
  • Bawang putih 2-3 ulas
  • Cili api (agak-agak jer ikut lah nak pedas macamana)
  • Belacan (agak-agak jer)

5

Lepas dah tumbuk atau dah blend, gaulkan bahan-bahan nie pada ikan kembung dan masukkan garam dan sedikit Aji-no-moto. Then perahkan 1 biji limau nipis atau limau kasturi dalam 4-5 biji. Nie untuk bagi rasa masam-masam sikit ikan bakar tu. Lepas tu perapkan sekejap dalam 15-20 minit.

6

Lepas dah perap, bolehlah balut ikan kembung tadi dalam daun pisang sekali dengan bahan-bahan yang kita gaulkan tadi. Kalau nak pedas, letak banyak sikit bahan perapan kat ikan tu. Dah balut kemas-kemas tu.. bakarlah atas kuali leper tapi api mesti sederhana saja supaya ikan bakar nie betul-betul masak rata.

7

Kualiti ikan bakar ini amat memuaskan sebenarnya. Memang terangkat habis dengan tahap kepedasannya dan rasa masam semua cukup. Sampaikan aku terlupa langsung nak ambik gambar pais ikan bakar nie pada awalnya. Mana taknya, aku dah bedal ikan bakar nie awal-awal sebab tak tahan rasa nak makan sangat-sangat. So, ini je lah yang sempat yer!

P/S: Kalau try buat pais ikan bakar nie nanti, time korang bakar jer.. Korang tau lah bau dia macam mana nanti.. Menusuk dan tertusuk ke hidung! Mesti try ok! Selamat mencuba!

author
Author: 
    Resepi Ikan Kembung Bakar Special
    As salam, tadi belek-belek gambar dalam smartphone, terpandang la gambar ikan bakar yang
    Resepi Kek Batik Vico
    Bahan-bahan Resepi Kek Batik Vico 340gm (12oz) mentega 500gm vico/milo 100gm nestum 1 tin
    Resepi Kari Tulang Daging Lembu Menggunakan Periuk Noxxa
    Bahan-bahan Resepi Kari Tulang Daging Lembu Bahan A: 1 kg tulang lembu tempatan (pilih
    Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah
    Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Berempah 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam

    Leave a reply "Resepi Pais Ikan Kembung Bakar Pedas"