Resepi Orang Bujang – Maggie Goreng Ringkas

Resepi Maggie Goreng Orang Bujang Sedap Ringkas

Siapa di sini bujang dan tetapi suka nak masak yang ringkas-ringkas sahaja angkat tangan?? Resepi Mee Goreng ni kalau makan kat kedai mamak ni antara yang sedap jugakla.. Tapi bergantung kepada kedai mamak yang kita pilih. Ok jom kita tengok bahan-bahannya.

Bahan – Bahan

Mee Cintan Tanpa Goreng atau Mee Maggie
Bawang Merah
Bawang Putih
Kiub Pati Ayam/Ikan Bilis
Sos Tiram
Sos Cili
Sos Tomato
Cili Giling
Gula, Garam
Fishball
Sayur

Cara-cara

1. Celurkan maggie goreng anda ke dalam air yang mendidih. Jangan lama sangat takut lembik.
2. Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau
3. Masukkan cili giling. Nak pedas letakla banyak sikit. Biasanya dalam dua tiga sudu besar.
4. Masukkan sedikit gula. Tumis sampai pecah minyak.
5. Masukkan kiub pati ayam/ikan bilis, sos cili, sos tiram, sos tomato.
6. Rebuskan fishball secara berasingan
6. Masukkan maggie tadi kedalam bahan -bahan dalam kuali.
7. Gaulkan bersama dengan Fishball.
8. Angkat siap

Baca:  Gambar Hot Pelakon Raja Afiq

Nota : garam kalau tidak letak pun ok, sebab sos tiram dan kiub pati ayam dah cukup masin. Nak berkhasiat tambah sayur.

Related Post

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*