Resepi Nasi Lemak Sambal Sotong dan Ikan Bilis Rebus Sedap dan Ringkas

Resepi Nasi Lemak Sambal Sotong Ikan Bilis Sedap

Menu pagi yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia adalah Nasi Lemak dan dimakan bersama Sambal Sotong atau ikan bilis ditambah dengan telur rebus.

Resepi yang admin kongsikan ini tersangat mudahnya dalam masa 15 minit dah siap. Janji sedap dan menyelerakan 🙂

Bahan Untuk Nasi

3 cawan beras basmathi
3 hiris halia
3 ulas bawang merah – hiris
1 cawan santan
3 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
secubit garam
1 batang serai – dititik

Cara Buat Nasi Lemak

1. basuh beras basmathi dengan air sehingga bersih kemudian toskan hingga hilang airnya.

2. Sediakan periuk nasi dan panaskan minyak.

3. Tumis serai, halia, bawang merah dan daun pandan sehingga wangi.

4. Masukan santan dan air kemudian masak sehingga mendidih.

5. Tambah garam dan kacau rata.

4. Tuangkan beras yang sudah ditoskan tadi ke dalam periuk nasi. Biarkan mendidih dan hampir kering

5. Angkat dan masukkan ke dalam bekas periuk nasi elektrik. Masak seperti biasa

6. Apabila masak, gaulkan nasi agar masak rata.

Baca:  Petua Cara Menghilangkan Kutu/ Bubuk Beras

Sambal Nasi Lemak

Bahan Kisar
1. 4 biji Bawang Besar
2. 7 biji Bawang Putih
3. Cili kering (diptong pendek dan direbus) atau cili giling

Bahan – Bahan Lain

1. Sotong dan Udang direbus
2. Bawang Besar dipotong bulat
3. 1 Biji Bawang Besar (untuk menumis)
4. gula/garam/kiub pati ayam
5. Minyak masak

Cara-cara

1. Masukkan minyak ke dalam kuali.
Masukkan minyak dalam kuantiti yang agak banyak agar senang untuk cili menjadi lebih garing dan pecah minyak.
(minyak yang lebih boleh dikeluarkan selapas masakan siap)
2. Masukkan bawang untuk menumis.. Biarkan seketika sehingga kekuningan
3. Masukkan bawang yang dikisar.
4. Masukkan cili giling. Biarkan sehingga pecah minyak (part paling penting)
5. Masukkan dalam dua sudu gula. Kiub pati ayam/garam secukup rasa
6. Rebuskan sotong bersama ikan bilis sehingga separa masak
7. Gaulkan sotong/ikan bilis ke dalam kuali.
7. Letakkan hirisan bawang/lada sebagai hiasan
8. Siap semudah ABC.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*