Resepi Nasi Beriani Johor Mudah dan Sedap

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Resepi Nasi Briyani

Bahan-Bahan:

4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 cawan susu cair (boleh gantikan dengan santan jika tiada)
Daun pandan – disimpul dan ikat
Segenggam kismis
Segenggam gajus – digoreng
Minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa/kiub pati ayam

Bahan – Bahan untuk dikisar

6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
sedikit halia

Rempah Tumis –

Rempah nasi beriani
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih
1 inci kayu manis

Cara Memasak :

1. Kisar bahan-bahan seperti bawang dan halia.

2. Basuh beras basmathi dan rendam beras selama 30 minit kemudian toskan untuk hilangkan air.

3. Masukkan minyak sapi dalam periuk nasi dan tumis dengan bahan tumis dan bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.

4. Masukkan air dan susu cair sehingga mendidih dan masukkan beras bersama daun pandan.

5. Kacau sehingga air dalam periuk tinggal sedikit dan angkat masuk ke dalam periuk elektrik. Masak seperti biasa.

6. Bila dan hampir masak, masukkan kismis dan gajus. Gaulkan. Boleh letak pewarna jika suka.

Related Post

Baca:  Biodata Nabi Muhammad S.A.W

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*