Resepi Mee Rebus Sg. Dua

Mee Rebus Sedap

Bahan-bahan Resepi Mee Rebus Sg. Dua

Bahan Utama
  • 1 kg mee kuning (dicelur)
  • 300 gm taugeh
  • 2 tangkai daun bawang
  • 5 biji cili merah
  • 3 keping tauhu goreng
  • 3 biji telur rebus
  • 3 biji limau nipis
  • sedikit bawang goreng
  • sedikit garam
  • minyak masak
  • sedikit gula
  • air secukupnya
Bahan Kuah
  • 2 kg keledek (direbus dan dilecek)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 230 gm udang kering
  • 200 gm serbuk kari daging
  • 2 biji kentang (direbus dan dipotong nipis)
  • 8 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • sedikit halia

Cara Memasak Kuah Mee Rebus Sg. Dua

  1. Panaskan minyak masak dalam periuk.
  2. Tumiskan bahan kuah dan cili kisar hingga garing.
  3. Masukkan udang kering dan serbuk kari.
  4. Masak selama 2 minit.
  5. Kemudian masukkan keledek dan kentang.
  6. Tambahkan air mengikut kepekatan yang diinginkan.
  7. Akhir sekali, masukkan garam dan gula.
  8. Biarkan hingga kuah mendidih.

Cara Menghidang Mee Rebus Sg. Dua

  1. Masukkan mee kuning yang telah dicelur ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan serba sedikit taugeh, tauhu goreng, cili merah, daun bawang, telur rebus dan limau nipis.
  3. Tuangkan kuah panas mee rebus hingga penuh.
  4. Taburkan bawang goreng di atasnya.
  5. Siap!

Tags: #mee rebus haji wahid #mee rebus sungai dua

author
Author: 
    Resepi Kek Batik Vico
    Bahan-bahan Resepi Kek Batik Vico 340gm (12oz) mentega 500gm vico/milo 100gm nestum 1 tin
    Resepi Kari Tulang Daging Lembu Menggunakan Periuk Noxxa
    Bahan-bahan Resepi Kari Tulang Daging Lembu Bahan A: 1 kg tulang lembu tempatan (pilih
    Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah
    Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Berempah 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
    Resepi Ayam Bakar Madu Paling Simple
    Bahan-bahan Resepi Ayam Bakar Madu Bahan Utama 2 kilo kepak ayam Bahan Dikisar

    Leave a reply "Resepi Mee Rebus Sg. Dua"