Resepi Mee Bandung Muar

Resepi Mee Bandung Muar

Bahan bahan:
1 bungkus mee kuning
Udang basah (bergantung nak letak banyak mana)
Sotong (bergantung nak letak banyak mana)
segenggam udang kering
segenggam kacang tanah goreng yang ditumbuk
Sawi
Hirisan daging
3 biji telur
Gula dan garam
Kiub Pati Ayam
1 Cawan Air (untuk dijadikan kuah)
Mee kuning – celur
Tauhu Goreng
Limau nipis
Cili
Bawang goreng
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sudu besar cili giling

Langkah-langkah:

1.Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawaqh putih yang telah dikisar dan masukkan cili giling. Masukkan sedikit gula dan tumis sampai pecah minyak.
2.Masukkan udang kering dan kacang tanah dan tumis sehingga naik bau.
3.Masukkan hirisan daging, ayam, sotong dan air. Masak hingga mendidih.
4.Masukkan kiub ayam. Kalau dah masin tidak perlu letak garam lagi.
5.Gaulkan dan kecilkan api.
6.Pecahkan 3 biji telur dan biarkan sampai telur masak. (atau boleh gantikan dengan telur rebus yang dipotong dua)
7.Masukkan sawi. Tunggu sekejap dan tutup api.
8.Curahkan kuah ke dalam pinggan/mangkuk yang berisi mee kuning yang telah dicelur. Taburkan dengan bawang goreng, hirisan cili dan perahkan asam limau nipis.
9.Sedia untuk dimakan.

Related Post

Baca:  Resepi Cheese Tart Blueberry

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*