Resepi Mee Bandung Muar Original

Resepi Mee Bandung Muar Asli

Bahan bahan Resepi Mee Bandung Muar

Bahan Utama

  • 1 bungkus mee kuning
  • Udang basah (bergantung nak letak banyak mana)
  • Sotong (bergantung nak letak banyak mana)
  • Segenggam udang kering
  • Segenggam kacang tanah goreng yang ditumbuk
  • Sawi
  • Hirisan daging
  • 3 biji telur
  • Gula dan garam
  • Kiub pati ayam
  • 1 cawan air (untuk dijadikan kuah)
  • Mee kuning – celur
  • Tauhu goreng
  • Limau nipis
  • Cili
  • Bawang goreng
  • Minyak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar cili giling

Langkah-langkah Memasak Mee Bandung Muar Ori

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar dan masukkan cili giling.
  2. Masukkan sedikit gula dan tumis sampai pecah minyak.
  3. Masukkan udang kering, kacang tanah dan tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan hirisan daging, ayam, sotong dan air. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan kiub ayam. Kalau dah masin tidak perlu letak garam lagi.
  6. Gaulkan dan kecilkan api.
  7. Pecahkan 3 biji telur dan biarkan sampai telur masak. (atau boleh gantikan dengan telur rebus yang dipotong dua)
  8. Masukkan sawi. Tunggu sekejap dan tutup api.
  9. Curahkan kuah ke dalam pinggan/mangkuk yang berisi mee kuning yang telah dicelur.
  10. Taburkan dengan bawang goreng, hirisan cili dan perahkan asam limau nipis.
  11. Mee Bandung Muar Ori sedia untuk dimakan!

Sumber: Azhan.co

author
Author: 
    Resepi Kek Batik Vico
    Bahan-bahan Resepi Kek Batik Vico 340gm (12oz) mentega 500gm vico/milo 100gm nestum 1 tin
    Resepi Kari Tulang Daging Lembu Menggunakan Periuk Noxxa
    Bahan-bahan Resepi Kari Tulang Daging Lembu Bahan A: 1 kg tulang lembu tempatan (pilih
    Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah
    Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Berempah 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
    Resepi Ayam Bakar Madu Paling Simple
    Bahan-bahan Resepi Ayam Bakar Madu Bahan Utama 2 kilo kepak ayam Bahan Dikisar

    Leave a reply "Resepi Mee Bandung Muar Original"