Resepi Makaroni Cheese Bersama Udang- Mudah dan Lazat

Macaroni Pasta Cheese Resepi Mudah

Assalamualaikum..

Disini admin nak kongsikan resepi makaroni cheese yang tersangat mudahnya. Biasa kalau kita makan kat Secret Recepie memang menyelerakan dan apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Resepi ini memang sesuai untuk anak- anak malahan anak berumur 1 tahun lebih pun sukakanya.

Bahan-Bahan

1 Paket Makaroni
Udang
Cheddar cheese (keju) – boleh jugak nak gunakan Mozarella Cheese
Telur
Mentega
Susu Segar (Optional)
Rempah Bawang Putih (Garlic Spices) -optional
Kiub Pati Ayam (Optional)
Cendawan Butang
Fish Ball
Rempah Sup Sayur Adabi (Optional)
Garam

Cara-cara

1. Masukkan makaroni dan fishball ke dalam kuali bersama air untuk lembutkan makaroni dan masak fishball.
2. Setelah masak, toskan air dan asingkan
3. Masukkan sedikit mentega dalam kuali
4. Masukkan udang (terpulang, nak sedap letak banyak), cendawan butang, biarkan seketika sampai separa masak
5. Masukkan makaroni dan fishball.
6. Letakkan keju, telur, gaulkan sampai rata.
7. Jika nak tambah susu segar, boleh masukkan susu segar.
8. Masukkan rempah bawang putih, kiub pati ayam, rempah sup Sayur Adabi dan garam secukup rasa.
9. Angkat dan siap untuk dihidang 🙂

Baca:  Bioadata Jihan Muse Isteri Ungku Hariz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*