Resepi Laksa Penang Termudah

Laksa Penang Paling Mudah Tapi Sedap Dan Pekat

Bahan-bahan Laksa Penang

  • 1 kilo laksa (dicelur)
  • 1 kg ikan kembung
  • 2 batang bunga kantan
  • 5 keping asam gelugur
  • 10 biji cili padi
  • 1 tangkai daun kesum
  • 2 sudu besar otak udang
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 4 liter air
  • 1 biji timun
  • sedikit daun salad
  • 2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 biji telur rebus
  • garam secukup rasa

Cara Memasak Kuah Laksa Penang

  1. Rebus ikan kembung hingga lembut.
  2. Buangkan tulangnya dan kisar isi ikan hingga halus.
  3. Masukkan bawang besar, bunga kantan, serai, daum kesum, cili padi, cili kisar, asam gelugur, otak udang dan air ke dalam periuk.
  4. Biarkan ia mendidih selama 20 minit.
  5. Kemudian masukkan isi ikan, garam dan masak lagi selama 10 minit.

Cara Menghidang Laksa Penang

  1. Masukkan laksa yang telah dicelur ke dalam mangkuk.
  2. Tuangkan kuah panas hingga penuh, bubuhkan salad, timun dan telur rebus.
  3. Siap! Laksa Penang sedia untuk dimakan.

Tags: #laksa penang kuah pekat

author
Author: 
    Resepi Kek Batik Vico
    Bahan-bahan Resepi Kek Batik Vico 340gm (12oz) mentega 500gm vico/milo 100gm nestum 1 tin
    Resepi Kari Tulang Daging Lembu Menggunakan Periuk Noxxa
    Bahan-bahan Resepi Kari Tulang Daging Lembu Bahan A: 1 kg tulang lembu tempatan (pilih
    Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah
    Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Berempah 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
    Resepi Ayam Bakar Madu Paling Simple
    Bahan-bahan Resepi Ayam Bakar Madu Bahan Utama 2 kilo kepak ayam Bahan Dikisar

    Leave a reply "Resepi Laksa Penang Termudah"