Resepi Kek Batik Vico

Kek Batik Milo

Bahan-bahan Resepi Kek Batik Vico

  • 340gm (12oz) mentega
  • 500gm vico/milo
  • 100gm nestum
  • 1 tin susu manis
  • 2 biji telur
  • 1 bungkus roti marie – coklat

Cara Membuat Kek Batik Vico

  1. Vico dan nestum digaul rata.
  2. Kacau mentega dan kemudian masukkan telur dan kacau lagi hingga rata.
  3. Masukkan susu manis dan gaul lagi.
  4. Masukkan adunan campuran vico dan nestum tadi dan gaul lagi hingga rata.
  5. Masak adunan tersebut di atas api perlahan sehingga adunan pekat dan tidak melekat pada senduk.
  6. Ambil sedikit adunan dan ratakan dalam acuan, kemudian susun roti marie di atasnya.
  7. Lapis lagi dengan adunan dan susun roti lagi.
  8. Buatlah sehingga 5 lapisan roti dan atas sekali ditutupi dengan adunan lalu ditabur dengan nestum di seluruh permukaannya.
  9. Sejukkan dalam peti sejuk.
  10. Setelah keras bolehlah dipotong-potong untuk dihidang.
author
Author: 
    Resepi Kari Tulang Daging Lembu Menggunakan Periuk Noxxa
    Bahan-bahan Resepi Kari Tulang Daging Lembu Bahan A: 1 kg tulang lembu tempatan (pilih
    Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah
    Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Berempah 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
    Resepi Ayam Bakar Madu Paling Simple
    Bahan-bahan Resepi Ayam Bakar Madu Bahan Utama 2 kilo kepak ayam Bahan Dikisar
    Resepi Ringkas Sambal Belacan Cili Padi
    Bahan-bahan Resepi Sambal Belacan Cili Padi 15 biji cili padi 1 helai daun limau

    Leave a reply "Resepi Kek Batik Vico"