Resepi Kek Batik Paling Mudah

Resepi Kek Batik Mudah

Bahan-Bahan Resepi Kek Batik

  • 200g Biskut Marie (boleh gantikan dengan biskut lain untuk kelainan)
  • 100g buttercup
  • 1/2 cawan koko
  • 5 sudu milo
  • 3 biji telur
  • 1/2 tin susu pekat manis (boleh gantikan dengan gula)
  • Coklat (untuk topping)
  • 1 cawan air kosong

Langkah-Langkah Membuat Kek Batik

  1. Patah-patahkan biskut Marie ke dalam bekas.
  2. Masukkan serbuk koko, telur, susu, milo, air ke dalam kuali menggunakan api yang sederhana kecil.
  3. Masukkan buttercup dan gaul sehingga sebati.
  4. Kacau sehingga adunan menjadi sebati.
  5. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaulkan.
  6. Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi ke dalam satu bekas.
  7. Tuangkan coklat yang dicairkan sebagai topping.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 6 jam.
  9. Kek Batik siap, sedia untuk dimakan. Yummy!
author
Author: 
    Resepi Kek Batik Vico
    Bahan-bahan Resepi Kek Batik Vico 340gm (12oz) mentega 500gm vico/milo 100gm nestum 1 tin
    Resepi Kari Tulang Daging Lembu Menggunakan Periuk Noxxa
    Bahan-bahan Resepi Kari Tulang Daging Lembu Bahan A: 1 kg tulang lembu tempatan (pilih
    Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah
    Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Berempah 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
    Resepi Ayam Bakar Madu Paling Simple
    Bahan-bahan Resepi Ayam Bakar Madu Bahan Utama 2 kilo kepak ayam Bahan Dikisar

    Leave a reply "Resepi Kek Batik Paling Mudah"