Resepi Kari Tulang Daging Lembu Menggunakan Periuk Noxxa

Foto Kari Tulang Daging Lembu Sedap

Bahan-bahan Resepi Kari Tulang Daging Lembu

Bahan A:
  • 1 kg tulang lembu tempatan (pilih tulang lembu yang ada isi)
  • 2 cawan pati santan
  • 4 – 5 biji kentang
  • 2 biji tomato – dibelah dua
  • 2 biji cili hijau
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan B: (disatukan di dalam blender dan dikisar, dijadikan pes)
  • 4 sudu besar serbuk daging pedas BABAS
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Air secukupnya
Bahan C: Menumis
  • 3 biji bawang merah (bawang kecil) – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang serai dititik
  • 2 tangkai daun kari
  • Minyak secukupnya

Cara Memasak Kari Tulang Daging Lembu Menggunakan Periuk Noxxa

  1. Sebelum itu, perap tulang daging lembu dengan Bahan B selama 1 jam. Letakkan 1 sudu teh gula.
  2. Kemudian, masukkan minyak secukupnya ke dalam periuk.
  3. Tekan fungsi STIR FRY dan tunggu sehingga minyak panas.
  4. Selepas minyak panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, dan serai.
  5. Selepas naik bau, masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari.
  6. Tumis sehingga bawang kekuningan.
  7. Kemudian masukkan tulang daging lembu yang diperap dengan rempah tadi dan gaul rata.
  8. Masak sehingga pecah minyak.
  9. Setelah pecah minyak, masukkan santan dan kacau rata.
  10. Perasakan dengan garam dan gula.
  11. Off fungsi stir fry. Set fungsi HIGH PRESSURE selama 30 minit. Tutup periuk dan set cap ke PRESSURE. Tekan on.
  12. Selepas 30 minit berlalu, release steam. Alihkan cap ke STEAM. Biarkan wap keluar habis, baru tudung periuk boleh dibuka.
  13. Buka tudung dan kacau rata.
  14. Kemudian masukkan ubi kentang, guna fungsi LOW PRESSURE, Set 2 minit tanpa perlu menutup periuk.
  15. Selepas dua minit berlalu dan ubi kentang pun telah empuk, masukkan tomato dan cili hijau.
  16. Kacau rata dan biarkan seketika di dalam periuk sebelum dipindahkan ke bekas lain.
  17. Sekiranya anda inginkan kari berada di dalam periuk Noxxa dan senantiasa berada dalam keadaan panas, bolehlah guna fungsi WARM/REHEAT.

Selamat mencuba!

author
Author: 
    Resepi Kek Batik Vico
    Bahan-bahan Resepi Kek Batik Vico 340gm (12oz) mentega 500gm vico/milo 100gm nestum 1 tin
    Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah
    Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Berempah 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
    Resepi Ayam Bakar Madu Paling Simple
    Bahan-bahan Resepi Ayam Bakar Madu Bahan Utama 2 kilo kepak ayam Bahan Dikisar
    Resepi Ringkas Sambal Belacan Cili Padi
    Bahan-bahan Resepi Sambal Belacan Cili Padi 15 biji cili padi 1 helai daun limau

    Leave a reply "Resepi Kari Tulang Daging Lembu Menggunakan Periuk Noxxa"