Resepi Ikan Kembung Bakar Special

Resepi Ikan Kembung Bakar

As salam, tadi belek-belek gambar dalam smartphone, terpandang la gambar ikan bakar yang mak masak.. Mmasa balik kampung, sebelum Hari Raya Aidilfitri hari tu. Memang sedap!

Bakar Ikan

Masa tu, sambil tolong mak masak. Sempat snap beberapa gambar. Mak tanya, kenapa nak ambil gambar semua ni. Nak try buat sendiri ke? Aku sengih je. He.. He.. He.. Mak aku tak tahu aku ada blog. Lagipun kat kampung, mana la ada internet… Nak tengok blog-blog ni..

Ketam Bunga Ketam Salib

Kat atas ni.. gambar ikan dan ketam yang adik aku bawa balik dari laut. Semuanya masih fresh-fresh, memang sedap la kalau masak. Kalau korang perasaan, kat sini, ada dua ekor ketam. Yang bintik-bintik hijau tu.. mesti korang kena .. ketam bunga kan!

Yang warna merah tu.. Pernah nampak tak? Aku pun tak tau namanya. Tapi mak cakap, nelayan panggil ketam ni.. ketam salib, sebab ada simbol salib kat kulitnya. Ketam salib ni pulak, memang kurang sedap sikit.. Sebab pahit. Sebab tu la kurang popular macam ketam bunga.

Ikan Kembung Bakar

Ok, nie dah selepas proses penyiangan ikan.

Rempah Ikan Bakar

Selepas proses mencuci ikan, gaulkan dengan serbuk kunyit sikit. Lepas tu, baru la start bakar. Masa nak bakar tu pulak, kena pastikan ada bara sahaja. Kalau ada api, takut hangus pulak ikan tu nanti. Selain tu, kena juga selalu kipas untuk kurangkan asap. Kalau banyak asap, rasa ikan bakar tu tak sedap.

Kalau dah nampak macam ikan kembung tu nak masak, baru taruk sambal yang disediakan. Bukan apa, kalau letak awal-awal, takut sambal tu hangit pulak. Sebab tu letak lambat sikit. Sambal ni tujuannya untuk bagi rasa dan bau aroma ikan bakar tu lebih sedap.

Selepas dah letak sambal tu pada kedua-dua belah, cuba cucuk sikit isi ikan kembung tu untuk pastikan ikan tu betul-betul dah masak..

Ramuan Untuk Sambal Ikan Bakar: Cili kering, bawang merah, bawang putih, belacan sikit, dan blader bagi halus. Selepas tu letak santan, sikit garam dan serbuk perasa. Itu je..

Aroma Ikan Bakar

Memang sedap kalau cicah dengan air asam ..

author
Author: 
    Resepi Pais Ikan Kembung Bakar Pedas
    As salam, Jumaat lepas, teringin sangat nak masak Pais Ikan Kembung Bakar. Balik
    Resepi Kek Batik Vico
    Bahan-bahan Resepi Kek Batik Vico 340gm (12oz) mentega 500gm vico/milo 100gm nestum 1 tin
    Resepi Kari Tulang Daging Lembu Menggunakan Periuk Noxxa
    Bahan-bahan Resepi Kari Tulang Daging Lembu Bahan A: 1 kg tulang lembu tempatan (pilih
    Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah
    Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Berempah 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam

    Leave a reply "Resepi Ikan Kembung Bakar Special"