Resepi Durian Crepe Gebu Sedap

Durian Crep

Resepi Durian Crepe Gebu Sedap memang dah jadi satu trend sekarang ni. Maklum la, musim-musim durian tengah banyak. Jadi kalau anda nak cuba buat Durian Crepe, beli sebiji durian pun, dah cukup. Kalau nak tahu sedap ke tak Durian Crepe tu, anda kena cuba sendiri. Aku dah cuba minggu lepas. Memang diakui sedap!

Durian Crep Durian Crepe Yang Nipis

Durian Crepe yang aku beli minggu lepas, satu pek, dalam RM15 gitu. Kalau beli dua pek, faham-faham je la k. Aku difahamkan lagi, harga durian crepe nie berbeza-beza mengikut lokasi dan penjual. Ada yang jual RM10 satu pek, tapi kalau anda nak jimat lagi, baik buat sendiri. Lagi puas hati!

Cara nak buat Resepi Durian Crepe ni, senang je. Apa yang anda perlukan ialah;

Bahan-bahan Durian Crepe Gebu Sedap

Bahan Utama

  • 250 gram tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 500 ml santan kelapa
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna

Isi Durian Crepe Gebu Sedap

  • Satu cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
  • Isi Durian yang telah dilenyek

Cara-cara Untuk Hasilkan Durian Crepe Gebu dan Sedap

  1. Campur semua bahan untuk membuat durian crepe, dan kemudian blender dan tapis.
  2. Sedia dan panaskan non-stik pan untuk buat crepe. Buka api kecil je untuk elak crepe jadi hangus.
  3. Tuangkan satu senduk adunan yang telah ditapis tadi dan ratakan hingga menjadi crepe.
    *Crepe yang dimasak, tak perlu diterbalikkan. Biarkan permukaan atas kering, kemudian angkat dan biarkan sejuk.
  4. Ambil sekeping crepe yang telah disiap, dan bentangkan.
  5. Kemudian letakkan whipping cream ditengah-tengah, dah kemudiannya dengan isi durian.
  6. Selepas itu tutup semula dengan whipping cream.
  7. Akhir sekali lipat seperti bentuk gambar di atas dan simpan didalam peti sejuk.

Resepi Durian Crepe Gebu Sedap! Anda dah cuba ke belum?

author
Author: 
    Filem Dendam Pontianak 2019
    Filem Dendam Pontianak genre seram ini mula ditayangkan di pawagam pada 12 September
    Siapa Sebenarnya Tunang Pelakon Comel Intan Najuwa
    Nama : Razrul Anwar Rusli Negeri Kelahiran  : Kedah Umur : 38 tahun
    Filem Sangkar 2019 Kutipan 7.2 Juta Selama 10 Hari
    Sangkar merupakan filem terbaru yang mula ditayangkan pada 29 Ogos 2019 telah berjaya
    Drama Hilang Yang Kembali (TV3) – Aqasha, Emelda Rosmila & Nafiz Muaz
    Drama Hilang Yang Kembali Episod: 12 episod Mula Tayangan: 20 Ogos 2019 Waktu

    Leave a reply "Resepi Durian Crepe Gebu Sedap"