Resepi Cheese Tart Blueberry

Resepi Blueberry Cheese Tart Sedap

Tart Shell

Bahan-bahan Untuk Membuat Tart Shell
  • 170 gm margerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur gred A
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 250 gm tepung gandum
Cara-cara Membuat Tart Shell
  1. Pukul margerin dan gula icing sehinga sebati.
  2. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung gandum dan uli hingga jadi doh.
  4. Tekan doh pada acuan tart dan buang lebihan doh tepi acuan.
  5. Cucuk-cucuk sedikit permukaan doh pada acuan dengan garfu.
  6. Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 170 – 180 darjah celcius selama 25 minit.
  7. Atau kalau hendak mudah, tart shell ini boleh dibeli di kedai bahan kek.

Cheese Blueberry

Bahan-bahan Krim
  • 250 gm krim cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 telur gred A
  • 1 sudu esen vanilla
Cara-cara Membuat Krim Cheese Blueberry
  1. Campurkan krim keju dan gula kastor dalam bekas dan pukul sehingga gebu.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati dan gebu.
  3. Masukkan dalam piping bag.
  4. Ambil sedikit adunan krim keju dan letakkan pewarna biru atau ungu.
  5. Masukkan filling blueberry/strawberry/nutella (bergantung selera masing-masing) ke dalam piping bag, picitkan di tengah tart shell.
  6. Masukkan adunan krim keju tadi ke dalam piping bag dan picit sehingga memenuhi ruang tart shell.
  7. Untuk mendapatkan cheese yang gemuk dan gebu, sila picitkan secara menegak.
  8. Bakar selama 10 hingga 15 minit menggunakan api atas dan bawah pada suhu 170 C.

Sumber: Facebook Share

author
Author: 
    Resepi Kek Batik Vico
    Bahan-bahan Resepi Kek Batik Vico 340gm (12oz) mentega 500gm vico/milo 100gm nestum 1 tin
    Resepi Kari Tulang Daging Lembu Menggunakan Periuk Noxxa
    Bahan-bahan Resepi Kari Tulang Daging Lembu Bahan A: 1 kg tulang lembu tempatan (pilih
    Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah
    Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Berempah 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
    Resepi Ayam Bakar Madu Paling Simple
    Bahan-bahan Resepi Ayam Bakar Madu Bahan Utama 2 kilo kepak ayam Bahan Dikisar

    Leave a reply "Resepi Cheese Tart Blueberry"