Resepi Ayam Masak Merah Ringkas dan Sedap

Resepi Ayam Masak Merah Sedap Ringkas

Anak -anak memang suka makan ayam masak merah digandingkan dengan nasi minyak atau nasi tomato. berikut merupakan resepi ayam masak merah yang ringkas dan cepat untuk disiapkan untuk dikongsi bersama.

Bahan Kisar
1. 4 biji Bawang Besar
2. 7 biji Bawang Putih
3. Cili kering (diptong pendek dan direbus) atau cili giling

Bahan – Bahan Lain

1. Ayam/Sotong/Udang
2. Bawang Besar dipotong bulat
3. 1 Biji Bawang Besar (untuk menumis)
4. gula/garam/kiub pati ayam
5. Minyak masak

Cara-cara

1. Masukkan minyak ke dalam kuali.
Masukkan minyak dalam kuantiti yang agak banyak agar senang untuk cili menjadi lebih garing dan pecah minyak.
(minyak yang lebih boleh dikeluarkan selapas masakan siap)
2. Masukkan bawang untuk menumis.. Biarkan seketika sehingga kekuningan
3. Masukkan bawang yang dikisar.
4. Masukkan cili giling. Biarkan sehingga pecah minyak (part paling penting)
5. Masukkan dalam dua sudu gula. Kiub pati ayam/garam secukup rasa
6. Goreng ayam tanpa garam
7. Gaulkan ayam goreng ke dalam kuali.
7. Letakkan hirisan bawang/lada sebagai hiasan
8. Siap semudah ABC.

Carian Berkaitan:

ayam masak sedap, masak merah ayam semudah ABC

Baca:  Resepi Orang Bujang - Maggie Goreng Ringkas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*