Resepi Ayam Masak Halia Ringkas dan Lazat

Resepi Ayam Masak Halia Sedap Mudah

Berikut merupakan resepi ringkas ayam masak halia yang dijamin sedap untuk hidangan anda sekeluarga.

Bahan-Bahan

Ayam
6 ulas bawang putih, hiris nipis
2 cm halia, dihiris halus memanjang
1 sudu besar sos tiram
1 sudu sos tomato
1 sudu sos cili
1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
Minyak
Kiub Pati Ayam/Ikan Bilis (sos tiram dah masin, letak sedikit sahaja kiub)
Gula, kunyit dan garam secukup rasa (garam tidak letak pun boleh, sebab dah masin dengan kiub dan sos tiram)

Hiasan
1 biji bawang besar dihiris nipis membulat
1 biji cili merah dihiris nipis
1 tangkai daun bawang diracik

Langkah-langkah

1. Panaskan minyak ke dalam kuali dengan api sederhana. Gaul ayam bersama garam dan kiub pati ayam atau garam.
2. Goreng sayam tersebut sehingga separa masak, angkat dan asingkan.
3. Tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam yang diasingkan tadi.
5. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat.
6. Masukkan bawang besar dan cili. Gaul sekejap dan angkat.
7. Sebagai hiasan, taburkan dengan daun bawang.

Carian Berkaitan:

ayam masak halia, resepi ayam masak halia, ayam goreng halia, ayam halia

Related Post

Baca:  Resepi Mee Bandung Muar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*