Resepi Ayam Bakar Madu Paling Simple

Foto Ayam Bakar Madu Sedap

Bahan-bahan Resepi Ayam Bakar Madu

Bahan Utama
  • 2 kilo kepak ayam
Bahan Dikisar
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 ½ sudu teh serbuk jintan halus
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • ¼ inci lengkuas
  • 2 ulas bawang putih besar (jika bawang putih tu kecil, guna 3 ulas)
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar air limau kasturi
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 3 sudu besar gula timbang
  • 3 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa jika suka

Cara Memasak Ayam Bakar Madu

  1. Ayam dibersihkan dan dilumur dengan rempah yang telah dikisar.
  2. Kemudian ayam diperap selama 30 minit. Sebaiknya kalau boleh perap semalaman rasa rempahnya akan lebih sebati dengan ayam.
  3. Panaskan ketuhar pada suhu 170 – 180’C.
  4. Atur ayam yang telah diperap diatas loyang dan boleh anda letak sedikit mentega supaya bila dibakar rasanya lebih sedap.
  5. Bakar selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut masak.
  6. Siap. Ayam bakar madu sedia untuk dihidang!
author
Author: 
    Resepi Kek Batik Vico
    Bahan-bahan Resepi Kek Batik Vico 340gm (12oz) mentega 500gm vico/milo 100gm nestum 1 tin
    Resepi Kari Tulang Daging Lembu Menggunakan Periuk Noxxa
    Bahan-bahan Resepi Kari Tulang Daging Lembu Bahan A: 1 kg tulang lembu tempatan (pilih
    Resepi Ayam Goreng Berempah Mudah
    Bahan-bahan Resepi Ayam Goreng Berempah 1 ekor ayam, belah 4 atau 6 kepak ayam
    Resepi Ringkas Sambal Belacan Cili Padi
    Bahan-bahan Resepi Sambal Belacan Cili Padi 15 biji cili padi 1 helai daun limau

    Leave a reply "Resepi Ayam Bakar Madu Paling Simple"