Qu Puteh Dr Vida Taja The Red Warriors

 

quputeh-taja-trw

 

Vida Beauty Sdn Bhd hanya menaja sebanyak 50 hingga 60 peratus daripada keseluruhan peruntukan yang diperlukan The Red Warrior.

Sehubungan itu, menurut Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa penyokong bola sepak negeri itu diingatkan tidak lalai dengan publisiti yang diberikan ke atas pasukan itu sejak akhir-akhir ini.

“Mengendalikan pasukan di Liga Super tersangat berat dan sukar. Kita bersyukur dengan keberhasilan usaha setakat ini. Namun jangan mudah tenggelam dalam publisiti yang kadangkala meliar dan tersasar dari realiti.

“Penajaan setakat ini baru 50 hingga 60 peratus bajet kita (KAFA). Itu pun belum menjadi realiti sepenuhnya dan wang sebenar belum diterima,” ujarnya.

Malah KAFA akan mencari baki sebanyak 40 peratus lagi dana untuk menampung pasukan negeri itu.

Datuk Seri Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Vida pada Jumaat lalu bersama KAFA mencapai kata sepakat untuk menjadi penaja The Red Warriors, dengan pengurusan pasukan itu menerima dua syarat awal iaitu menukar cat Stadium Sultan Muhammad IV kepada merah jambu dan nama pasukan Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors

Baca:  Penukaran Kad ATM Kepada Pin &Pay

Sebelum ini dalam berita Harian melaporkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan usahawan kosmetik terkenal, Dr Vida mencapai kata sepakat dalam rundingan penajaan pasukan bola sepak Kelantan bagi musim ini.

Persetujuan berkenaan dicapai dalam mesyuarat antara pemilik Vida Beauty Sdn Bhd itu atau nama sebenarnya, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dengan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa di sini, yang berakhir sebentar tadi.

Selain dua syarat awal yang diumumkan sebelum ini, perbincangan itu turut menyaksikan persatuan berkenaan bersetuju menerima 33 lagi syarat tambahan yang dikemukakan oleh Dr Vida.

Dua syarat awal itu adalah Stadium Sultan Muhammad IV akan dicat warna merah jambu manakala nama pasukan Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.

Ketika ditemui selepas mesyuarat kira-kira dua jam itu, Annuar berkata majlis memeterai perjanjian penajaan berkenaan akan diadakan secara rasmi pada 15 Januari ini.

Selain itu, katanya, Vida juga akan dilantik sebagai Penasihat Kehormat KAFA bagi memudahkan urusan pemasaran skuad TRW.

Baca:  Biodata Yusuf Taiyoob

Jumlah penajaan dan kontrak bagaimanapun, katanya, hanya akan diumumkan secara rasmi selepas majlis menandatangani perjanjian berkenaan.

Sebelum ini, Vida bersetuju untuk menaja skuad TRW sebanyak RM16 juta bagi dua musim.

Ketika ditanya lebih lanjut mengenainya, Vida membayangkan jumlah berkenaan mungkin meningkat.

Vida Beauty adalah pengeluar produk kosmetik terkenal, Qu Puteh.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*