Hukum Selfie sambil Breasfeed – PU Rahmat

Jom kita lihat apa pandangan Ustaz Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan berkenaan isu selfie sambil breasfeed.

Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?

Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.

Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung…

Ustaz: apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:

1. فلا يخضن بالقول . سورة الأحزاب
Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara

2. ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن سورة النور
Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.

3. ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر منها . سورة النور
Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.

4. ايما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي كذا وكذا اي زانية . حديث مسلم
Mana2 wanita yg berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.

Soalan :apa kena mengena dalil ni dengan posing menyusukan anak?

Baca:  Resepi Nasi Beriani Johor Mudah dan Sedap

Ustaz : jika memakai wangi wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menhampiri zina apatalagi Gambar Breast Feeding .. tidak kah akan ada eksploitasi

Dalil2 ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka.

menjaga wanita dari di diskriminasi dan di Eksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi wanita
maka jangan la membuka ruang Di Eksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi
sayangi diri dengan sifat malu dalam diri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*