Petua Untuk Mengecilkan Pori-Pori Terbuka/ Besar Pada Wajah

tips_pore_terbuka

 

Siapa di sini yang wajahnya adalah sebelah kiri dan siapa yang wajahnya sebelah kanan angkat tangan ?? Semua wanita mengidam akan wajah yang mulus tanpa sebarang masalah kan? Ok, untuk entry kali ini adalah tips dan petua untuk mengecilkan pori-pori wajah yang terbuka. Ya lah, kebanyakan wanita memang secara rutinnya akan apply teknik bersihkan wajah, pakai toner, makep removal dan pelembap, sunblock dan lain -lain kan?  Tapi masalah tetap juga timbul. Duit pun habis tapi kesan tidak seberapa.

Apa kata kita cuba teknik atau petua secara alami/tradisional yang tidak banyak menggunakan duit.

  1. Ais Batu

tips_ais_pori_besar

 

Penggunaan ais batu dapat mengecilkan pori-pori muka. Amalkan setiap malam atau mengikut kesesuaian dan pastinya petua ringkas ini dapat dilihat keberkesanannya dalam masa satu – dua minggu.

 

2. Soda penaik (Bicarbonate of Soda)

soda_penaik_tips_pori_kecil

 

Petua yang paling mudah didapati di dapur anda!! Selain boleh digunakan dalam masakan, soda penaik juga banyak kegunaannya. Menghilangkan jerawat dan mengecilkan pori-pori wajah anda salah satu petua penting yang perlu anda tahu. Baking soda dapat mengawal  dan mengekalkan keseimbangan kulit pada wajah  (menghilangkan lebihan minyak) disamping menghilangkan sel-sel mati pada kulit.  Ia bertindak sebagai agen pengelupasan  dan seterusnya menjadikan kulit wajah lebih cerah dan berseri. Bagaimana caranya? Campurkan dua sudu besar soda penaik dengan air batu dan lumurkan pada wajah anda dan biarkan untuk beberapa minit. Basuh dan bilas. Boleh juga digunakan sebagai masker dengan tambahan lemon atau madu. Semudah A, B , C kan..

Baca:  Resepi Kek Batik Mudah

 

3.Putih Telur.

Putih telur mengandungi enzim dan asid amino yang dapat mengecilkan dan mencegah pori-pori daripada menjadi besar. Lumurkan putih telur pada wajah dan tutup dengan tisu untuk beberapa minit dan biarkan kering. Amalkan setiap minggu.

 

4. Daun lidah buaya.

daun_lidah_buaya_kulit_cantik

Seperti yang diketahui umum, daun lidah buaya banyak khasiatnya dan antaranya ialah dapat melebatkan rambut serta meremajakan kulit anda.  Bersihkan daun lidah buaya dan ambil lendir atau airnya untuk dilumurkan pada wajah.

 

5. Buah Tomato

Buah tomato yang mengandungi lycopene bertindak sebagai anti oksidan yang dapat mencegah penuaan pada wajah dan mengecilkan liang roma yang besar. Kisar beberapa biji tomato bergantung kepada kesesuaian dan masukkan beberapa titisan lemon dan jadikannya sebagai scrub.

 

Carian Berkaitan:

mengecilkan liang pori di muka, ais batu boleh kecilkan liang roma muka, cara mengecilkan liang pori sida bicarbonate, Petua Liang pori terbuka

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*