Petua Menghilangkan Jeragat Secara Tradisional

jeragat_before_after

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Antara yang menjadi masalah kepada wanita yang sedang menginjak usia pertengahan adalah masalah jeragat. Beriktu merupakan petua tradisional yang boelh diamalkan.

1.Kulit Pisang

kelebihan-Kulit-Pisang

Sapukan kulit pisang pada bahagian wajah yang mengalami jeragat dan biarkan untuk seketika. Bilas  dan basuh. Amalkan seberapa kerap yang mungkin

2.Daun sireh

kelebihan_dauh_sireh

Daun sireh juga dikatakan dapat berupaya menghilangkan jeragat. Ambil dan gosokkan setiap hati daun sireh pada bahagian wajah yang berjeragat.

 

3. Kentang

Sapukan kentang mentah  disekeliling jeragat. Kentang sangat baik merawat berpigmentasi dan bintik-bintik hitam . Anda boleh cuba menggosok sepotong kentang pada kulit anda setiap hari anda juga boleh mencuba campuran tanah.

4. Baking Soda

kelebihan_baking-soda

Amik satu teh baking soda untuk dicampurkan dengan air dan jadikan sebagai pes untuk dilumurkan ke kawasan kulit yang bermasalah. Atau boleh campurkan dengan sedikit perahan lemon yang dapat membantu pertumbuhan semula sel wajah. Elakkan pengguna petua baking soda ini jika anda mempunyai kulit yang sensitif.

Baca: 

 

5. Cuci Muka dengan Kerap

Jeragat berlaku disebabkan oleh lebihan minyak yang terkumpul di kawasan permukaan kulit wajah kita. Selain daripada merawat kulit wajah adalah lebih baik dengan cara mencegah jeragat daripada timbul dengan membersih muka sekerap yang mungkin dengan air yang bersih.

 

6. Cuka Epal

manfaat-cuka-apple-untuk-rawat-jeragat

Cuka berupaya membantu untuk menjadi agen pencerahan  kulit yang sangat baik. Salah satu cara terbaik untuk mendapatkan klebihannya  ialah dengan membuat bilasan cuka dengan air. Ianya telah terbukti boleh menghilangkan pigmentasi
Cara menggunakan:
i. Campurkan cuka dengan jumlah dengan air yang sama kuantiti
ii. Bbilas muka anda secara berkala dan teratur
iii.Biarkan seketika dan bilas

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*