Petua Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat

petua_hilang_sakit_gigi

Petua untuk hilangkan sakit gigi tanpa menggunakan ubat. Jalan yang terbaik adalah dengan berjumpa doktor gigi tetapi kemungkinan disebabkan kekangan masa atau sementara menunggu untuk dapat berjumpa dengan doktor, mungkin anda boleh cuba dengan petua di bawah:

1.Bunga Cengkih

bunga_cengkih_sakit_gigi

Sekiranya anda sakit gigi disebabkan gigi berlubang, ambil 2 biji bunga cengkih dan tumbuk untuk diletakkan di kawasan yang sakit. Secara peribadi, admin pernah cuba praktikan petua ini dan memang betul berkesan dapat mengurangkan sakit gigi namun tidak dapat menghilangkan sepenuhnya.

2. Daun lidah buaya

Ambil isi atau air daripada daun lidah buaya dan lumurkan pada kawasan gigi yang sakit.

3. Air garam

air_garam_kumur

Kumur dengan air garam iaitu dengan bancuhkan satu sudu garam pada segelas air suam dan kumur untuk beberapa kali untuk hilangkan rasa sakit yang berdenyut-denyut.

4.Daun serai

Selain berkumur dengan air garam, anda boleh juga cuba berkumur dengan air daripada daun serai yang telah ditumbuk lumat. Cara ini didapati berkesan untuk mengurangkan rasa sakit gigi.

Baca:  Resepi Cheese Tart Blueberry

5. Bawang Putih

bawang_putih_khasiat

Hiriskan beberapa  bawang putih dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Insha Allah anda akan nampak kesannya.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*