Petua Cara Menghilangkan Kutu/ Bubuk Beras

 

kutu_beras_petua_hilangkan

Seringkali beras yang disimpan lama dan tidak digunakan akan hadirnya binatang yang tidak diundang. Kutu atau bubuk beras akan melengahkan masa memasak untuk membuang satu-satu kutu beras tersebut. Kenapa dan apakah punca datangnya kutu beras ini??

Salah satu sebabnya adalah disebabkan persekitaran kawasan simpanan beras yang lembap dan tidak kering. Dan jangan lupa, kutu/bubuk beras ini akan bertelur dalam setiap biji – biji beras tu. Dari situla membiaknya binatang ini.

Sebenarnya banyak petua yang boleh kita praktikkan untuk menghalau kutu/kumbang beras ini. Berikut meruapakan cara-cara yang korang boleh amalkan:

1.Letak cili kiring

 

cili_kering

Petua ini memang berkesan dan seringkali diamalkan oleh mak  mak kita kat kampung sebab kutu/bubuk beras ini memang tidak suka bau cili kering yang kuat.

2. Letak daun limau purut

daun_limau_purut

Kalau mahukan aroma yang wangi pada beras apa kata masukkan beberapa helai daun limau purut ke dalam bekas simpanan beras. 2 in 1. Selain dapat menghalau kutu beras boleh juga memberikan bau yang harum  🙂

Baca:  Biodata Artis Hot Janna Nick

3. Letak bawang putih

Bau yang kuat dari bawang putih dikatakan dapat menghalau binatang ini tapi awas bawang putih juga dapat memberi kesan kelembapan pada tempat simpanan beras. Secara peribadi saya belum cuba petua ini dan apakata sesiapa yang dah mencubanya  boleh berkongsi di sini di ruangan komen.

4. Letak Kulit Kayu Manis

kulit_kayu_manis

Kulit kayu manis memang banyak khasiatnya. Bukan sahaja dapat menambahkan selera dalam masakan tapi pelbagai petua boleh digunakan dan salah satunya adalah menghalau kutu beras.

5.Letak daun belimbing buluh

Daun belimbing buluh juga adalah salah satu kaedah yang boleh kita guna.

 

6.Jemur tempat panas

Kalau surirumah yang rajin bolehla menjemur beras- beras ke tempat yang panas. Confirm bubuk2 beras akan lari lintang pukang.. ;p

 

Carian Berkaitan:

cara menghilangkan bubuk dalam beras, petua menghilangkan bubuk

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*