Panduan Solat Hajat

Cara Solat Sunat Hajat

Solat hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon sesuatu hajat yang tertentu kepada Allah SWT.

Solat sunat hajat boleh dikerjakan secara ringkas sebanyak dua rakaat. Bagi mereka yang ingin memanjangkannya sehingga 12 rakaat. Setiap 2 rakaat dengan 1 salam. Namun begitu, anda dianjurkan untuk memilih waktu yang sesuai, contohnya selepas tengah malam atau selepas 2/3 malam.

1. Cara bacaan Lafaz dan Niat Solat Sunat Hajat.

Niat Solat Hajat

“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Sahaja aku menunaikan Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

2. Rakaat pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Al Fatihah

Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi (Satu kali atau 11 kali). Ada juga berpendapat untuk membaca Surah Al Kafirun (1 kali atau 10 kali.)

3. Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 10 kali.

Surah Al Ikhlas

“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”

Baca:  Lirik Lagu Oh No - Tasha Manshahar ft Viral

“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”

4. Membaca doa Sembahyang Hajat:

Doa Solat Sunat Hajat 1

Berdoa kepada Allah, apa yang dihajati

Doa Solat Hajat 2

Antara Fadhilat / Kelebihan Solat Sunat Hajat adalah:

1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
3. Berasa yakin dengan apa yang akan berlaku.
1. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.

Related Post

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*