Luahan Hati Yana Shamsuddin – ISu Selfie sambil Breastfeed

Sebelum ini heboh di laman sosial Amran Fans yang mengkritik golongan ibu muda yang gemar berselfie sambil breastfeed dan perkara ini menarik perhatian ramai pihak . ada yang menyokong dan ada juga yang membantah dengan pendapat mereka. Walaubagaimanapun, sebagai pendapat peribadi walaupun gambar selfie tersebut tidak mendedahkan aurat tetapi masih tidak manis untuk tatapan umum. Suami sepatutnya memainkan peranan dalam perkara ini.

Berikut merupakan luahan artis  hijab popular Yana Shamsudin berkenaan isu ini.

 

yana_bf-selfie

“Walaupun saya belum berpengalaman menjadi seorang ibu, saya gembira melihat ramai wanita mula sedar mengenai kepentingan menyusukan anak sendiri (breastfeeding) dan saya harap satu hari nanti saya juga dapat berbuat demikian.

“Cuma yang tidak manisnya apabila ramai ibu yang gemar mengambil gambar selfie ketika menyusukan anak tanpa menutup bahagian dada mereka dengan kain. Ia ¬†tidak manis dipandang,”

“Saya tahu ‘apron’ menyusukan anak kini banyak dijual di kedai barangan bayi. Apa salahnya gunakan kemudahan berkenaan untuk membaluti dada kita? Kalau mahal, selendang pun boleh.

Baca:  Biodata Pelokon Bollywood Shah Rukh Khan SRK

“Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan pendapat saya ini. Tetapi sebagai seorang wanita yang konservatif, saya pula berasa malu melihat wanita lain bergambar selfie sedang menyusukan anak.

“Tidak salah menggalakkan para ibu breastfeeding, tetapi ada cara lain tanpa perlu bergambar seperti itu, katanya memetik mStar hari ini.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*