Kepentingan Duit Deposit Rumah Sewa

Perjanjian Sewa Beli Rumah

Nak jadi Tuan Rumah Kedaung, bukannya senang, lagipun bukan semua penyewa dari Syurga. Ada juga yang dari Neraka. Setahun lepas, berpengalaman menyewa unit ini kosong. Tak la kosong sebenarnya. Kami kesiankan penyewa yang baru nak hidup (baru kerja), maka kami sediakan mesin basuh dan set dapur untuk beliau.

Tapi niat kami untuk membantu, dibalas dengan sikap “bayar sewa lewat” dan sebagainya. Kami ikut je rentaknya, walaupun kadangkala rasa hampa. Dalam hati, habis sahaja kontrak 1 tahun, tak akan renew untuk penyewa ini.

Awal bulan Julai yang lepas, penyewa menyatakan ingin menamatkan kontrak awal kerana akan berpindah masuk kuaters. Jadi bulan Julai adalah bulan terakhir dia tinggal kat situ, tapi bulan tu jugaklah dia lewat bayar duit sewa rumah (memang lewat sangat sebab sambut Raya Puasa). Nak pendekkan cerita, kami terus terang cakap tolak dari duit deposit rumah. Si penyewa setuju.

Baki duit deposit 1 bulan penyewa akan dibayar kemudian setelah semakan semula bil-bil yang berkaitan seperti bil elektrik, bil air dan Indah Water. Lagi satu perkara paling penting, kena check semula keadaan dalam rumah selepas ditinggalkan. Bukan apa kalau ada kerosakan yang dibuat oleh si penyewa bolehlah potong terus dari duit deposit sewa.

Apa pun, dalam tempoh hampir setahun penyewa tinggal di unit ini, tak ada sebarang kerosakan yang dikesan. Alhamdulillah! Bekas penyewa tanya berapa lama boleh dapat balik baki duit deposit, dan aku menyatakan selepas 2 minggu. Deposit Utiliti (bil api/air) sebulan selepas tamat kontrak. Si penyewa setuju lagi.

Tak sampai seminggu bekas penyewa keluar, beliau ada roger-roger, mintak supaya aku bayar dengan kadar segera. Nak buat bayar deposit katanya. Dengan tegas aku jawab kena lah sabar tunggu aku check apa yang sepatutnya. Masa nie la aku terus ingatkan dia semula pasal perjanjian sewa rumah yang kami dah tandatangan masa mula-mula dia berpindah masuk. Si penyewa akur!!

author
Author: 
    Biodata Fikry Kiki, Bintang Muda Ceria Popstar
    Siapa Fikry Kiki? Jika ditanya pada remaja yang masih bersekolah tentu ramai yang
    Biodata Liya Maisarah, Pelakon Salam Squad (Astro Ceria)
    Biodata Liya Maisarah Nama Penuh: Aliya Maisarah Binti Dato Sri Ismail Panggilan Manja:
    Jadual Waktu Operasi Pos Laju
    Semak Waktu Operasi Pos Laju. Buat online seller, waktu operasi Pos Laju adalah
    Cara Masak Lauk Sardin Yang Simple & Sedap
    Lauk ikan sardin dalam tin sering dikaitkan dengan resepi kecemasan. Ini kerana ia

    Leave a reply "Kepentingan Duit Deposit Rumah Sewa"