Sangkar merupakan filem terbaru yang mula ditayangkan pada 29 Ogos 2019 telah berjaya mengutip 7.2 juta dalam masa 10 hari di pawagam . Filem ini menonjolkan keistimewaan yang mempamerkan sukan seni bela diri campuran (MMA) dan kisah yang sarat dengan elemen persahabatan dan kekeluargaan.
Sinopsis:
Adam (Zul Ariffin) dan Johan (Remy Ishak) merupakan pejuang seni bela diri campuran MMA. Adam sikap angkuh dan telah menang sebuah pertarungan dengan taktik kotornya. Mereka adalah musuh dan selalu bersaing. Suatu hari, apabila dicabar di luar sangkar, Adam secara tidak sengaja mencederakan Johan. Johan bercedera parah dan ahli keluarganya hilang punca rezeki dan harapan.
Untuk menebus kesalahannya, Adam kembali bertarung di pertarungan bawah tanah untuk mendapatkan habuan supaya dapat membantu Johan sekeluarga. Johan pula sedang bertarung dengan kesihatan dan pemulihan demi keluarganya, Pada saat ini, Adam mengingatkan tujuan diri sebagai pejuang MMA dan ambil cabaran untuk melawan dengan pejuang MMA antarabangsa
Pengarah : Kabir Bhatia