e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC

Epenyata Gaji Anm

e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC | As salam, seperti yang semua dah tahu. Sekarang kakitangan awam kerajaan tidak lagi menerima Slip Gaji ataupun Penyata Gaji macam dulu, iaitu sebelum Oktober 2010, selaras dengan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Jadi sekarang, kalau nak semak gaji kakitangan awam atau dapatkan penyata gaji ataupun laporan pendapatan tahunan, kakitangan awam kena dapatkan secara online menerusi laman web ANM yang disertakan dibawah ini.

E Penyata Gaji Kakitangan Awam

Portal rasmi Jabatan Akauntan Negara

Tapi sebelum itu, bagi kakitangan awam yang pertama kali ingin menggunakan Sistem Semak Slip Gaji Online ini. Anda disarankan supaya mendaftar dulu menerusi website ANM.

Untuk mendaftarnya, kakitangan awam perlu terlebih dahulu mendapatkan No Gaji dari bahagian kewangan agensi ataupun kementerian masing². Selain itu, bagi kakitangan awam yang berkerja sebelum 2010, anda boleh mendapatkan nombor penyata gaji pada slip gaji sebelum ini. (Slip gaji kakitangan awam sebelum 2011)

E Penyata Gaji Kakitangan Awam

Rupa slip gaji lama kakitangan awam

Cara untuk mendaftar slip gaji online ini, pengguna dikehendaki melayari laman web rasmi ANM di http://www.anm.gov.my. Seterusnya klik pada e-Penyata Gaji dan Laporan. Anda juga boleh gunakan link yang diberikan di atas untuk terus akses terus ke website tersebut.

E Penyata Gaji Kakitangan Awam

Seterusnya, klik pada “Pertama Kali Mendaftar” dan penuhkan ruangan kosong dengan butiran² yang diperlukan. Bila dah kesemuanya dah lengkap, Klik OK untuk pengesahan. Setelah berjaya, anda bolehlah mengakses sistem e-Penyata Gaji untuk mendapatkan penyata gaji anm bulanan dan pendapatan tahunan secara online.

E Penyata Gaji Kakitangan Awam

Untuk makluman, penyata gaji online boleh diperolehi menerusi website ANM ini sehari sebelum pembayaran gaji bagi dibuat pada setiap bulan. Untuk keterangan lanjut mengenai sistem ini, sila muat turun Surat Perkeliling Bil 3/2010.


Carian Terkait
slip gaji kosong melaysia
author
Author: 
    Apa Beza MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT
    Definisi Insurans Rumah MRTA, MRTT,MLTA dan MLTT MRTA –Mortgage Reducing Term Assurance MRTT
    Apa Beza Hibah, Wasiat dan Faraid
    Apa beza antara hibah, wasiat dan faraid ? Hibah Hibah ialah pemberian harta
    Cara Padam Akaun Facebook
    Berikut adalah cara padam atau delete akaun facebook. Ia sangat berguna terutamanya buat
    SAPS – Semak Keputusan Peperiksaan UPSR, PMR, SPM Secara Online
    Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ! Perkhidmatan percuma yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran

    Leave a reply "e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC"