Drama Sweet Dreams (Astro Ria)

Poster Drama Sweet Dreams 2019

Sweet Dreams adalah sebuah drama hasil adaptasi dari novel Sweet Dreams karya Acik Lana. Drama ini disiarkan melalui slot MegaDrama di Astro Ria. Ia diarahkan oleh pengarah kontroversi, Michael Ang dan dibintangi oleh pelakon hebat iaitu Mira Filzah dan Ben Amir. Waktu tayangannya adalah pada 5 Ogos 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.

Drama Sweet Dreams

  • Mula Tayangan: 5 Ogos 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10.00 malam
  • Stesen TV: Slot MegaDrama (Astro Ria)
  • Penulis Skrip: Nazri M. Annuar
  • Pengarah: Michael Ang
  • Senarai Pelakon: Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah

Watak Pelakon Sweet Dreams

  • Mira Filzah sebagai Putri
  • Ben Amir sebagai Qash Adam
  • Sean Lee sebagai Karl
  • Nina Juren sebagai Puan Laila
  • Yuna Rahim sebagai Cempaka
  • Nasz Sally sebagai Farah
  • PU Azman sebagai Cik Man
  • Didi Astillah sebagai Melissa

Sinopsis Sweet Dreams

Putri, diberi gelaran seperti Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ yang sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia terjatuh ke dalam longkang. Tidak dapat dipastikan sama ada dia betul bernasib malang atau sememangnya mempunyai masalah koordinasi fizikal tidak seimbang.

Namun, beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tidak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tidak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu datang tanpa isyarat.

Qash Adam, seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan ini membuatkan seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Namun, sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin dan kemudian bercinta tanpa tahu pengakhirannya.

author
Author: 
    Filem Dendam Pontianak 2019
    Filem Dendam Pontianak genre seram ini mula ditayangkan di pawagam pada 12 September
    Siapa Sebenarnya Tunang Pelakon Comel Intan Najuwa
    Nama : Razrul Anwar Rusli Negeri Kelahiran  : Kedah Umur : 38 tahun
    Filem Sangkar 2019 Kutipan 7.2 Juta Selama 10 Hari
    Sangkar merupakan filem terbaru yang mula ditayangkan pada 29 Ogos 2019 telah berjaya
    Drama Hilang Yang Kembali (TV3) – Aqasha, Emelda Rosmila & Nafiz Muaz
    Drama Hilang Yang Kembali Episod: 12 episod Mula Tayangan: 20 Ogos 2019 Waktu

    Leave a reply "Drama Sweet Dreams (Astro Ria)"