Drama Suamiku Mr Blind (HyppSensasi Unifi TV)

Suamiku Mr Blind

Drama Suamiku Mr Blind

  • Episod: 30 episod
  • Mula Tayangan: 5 Ogos 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 9.00 malam
  • Stesen TV: Unifi TV (HyppSensasi)
  • Penulis Novel: Danisyarahmat
  • Penulis Skrip: Ain
  • Pengarah: Rusdi Ramli
  • Produksi: Creative Skill Solution
  • Senarai Pelakon: Nazrief Nazri, Janisa Jalil, Zoey Rahman, Intan Najuwa, Dayana Roza, Bella Nazari, Fadzil Zahari, Cammy Zuhairi, Natasya Mahyan, Khaty Azian, Rahim Kidol, Fathil Dhani, Sheila Hassan, Roslan Salleh, Gen Darwish, Puteri Rayyana Rayqa, Izzul Faiq Zuhairi, Ikhlas Jalil

Watak Pelakon Suamiku Mr Blind

  • Nazrief Nazri sebagai Aidil Zafran
  • Janisa Jalil sebagai Ain Shuhada
  • Zoey Rahman sebagai Rayyan
  • Intan Najuwa sebagai Wani
  • Dayana Roza sebagai Melissa
  • Bella Nazari sebagai Dato Adila
  • Fadzil Zahari sebagai Azman
  • Khaty Azian sebagai Puan Sri Azizah
  • Rahim Kidol sebagai Pak Deris
  • Fathil Dhani sebagai Encik Ismail
  • Sheila Hassan sebagai Puan Ainon
  • Roslan Salleh sebagai Pak Darus
  • Gen Darwish sebagai Dani
  • Puteri Rayyana Rayqa sebagai Auni
  • Izzul Faiq Zuhairi sebagai Aidil Zafran

Lagu Tema / OST Suamiku Mr Blind

Cinta Sejati – Intan Norul

Sinopsis Suamiku Mr Blind

Pada zaman remaja, Aidil dengan sikap nakalnya suka membuli Ain. Ain Syuhada membalas dendam dengan menyembur racun serangga ke mata Aidil hingga menyebabkan mata Aidil Zafran menjadi buta.

Sebelas tahun kemudian, Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya. Ain Syuhada muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada.

Ain merahsiakan identitinya daripada Aidil. Manakala Aidil pula jatuh hati dengan Ain lalu menjadi penyelamat apabila Ain putus tunang dengan Rayyan di saat perkahwinan mereka sudah terlalu hampir.

Selepas majlis perkahwinan, barulah Aidil mengetahui bahawa Ain, isterinya adalah orang yang sama yang merosakkan matanya. Aidil bertekad untuk membalas dendam. Mampukah cinta mengatasi dendam yang membara? Benarkah cinta itu hilang saat dendam merajainya?

author
Author: 
    Filem Dendam Pontianak 2019
    Filem Dendam Pontianak genre seram ini mula ditayangkan di pawagam pada 12 September
    Siapa Sebenarnya Tunang Pelakon Comel Intan Najuwa
    Nama : Razrul Anwar Rusli Negeri Kelahiran  : Kedah Umur : 38 tahun
    Filem Sangkar 2019 Kutipan 7.2 Juta Selama 10 Hari
    Sangkar merupakan filem terbaru yang mula ditayangkan pada 29 Ogos 2019 telah berjaya
    Drama Hilang Yang Kembali (TV3) – Aqasha, Emelda Rosmila & Nafiz Muaz
    Drama Hilang Yang Kembali Episod: 12 episod Mula Tayangan: 20 Ogos 2019 Waktu

    Leave a reply "Drama Suamiku Mr Blind (HyppSensasi Unifi TV)"