Drama Hilang Yang Kembali (TV3) – Aqasha, Emelda Rosmila & Nafiz Muaz

Drama Hilang Yang Kembali

Drama Hilang Yang Kembali

  • Episod: 12 episod
  • Mula Tayangan: 20 Ogos 2019
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, jam 10.00 malam
  • Stesen TV: TV3 (Slot Samarinda)
  • Pengarah: Amor Rizan
  • Produksi : Padi Pictures Sdn Bhd
  • Senarai Pelakon: Aqasha, Emelda Rosmila, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Arill Fesol, Zarina Zainoordin, Kazar Abd Razak, Damia Qaissara, Adam, Syed Irfan, Nur Auni Zahra, Ameer Imran

Watak Pelakon Hilang Yang Kembali

  • Aqasha sebagai Razif
  • Emelda Rosmila sebagai Fara
  • Azhan Rani sebagai Tuan Ismail
  • Nafiz Muaz sebagai Danial / Randi
  • Zamarul Hisham sebagai Ikmal
  • Arill Fesol sebagai Danish
  • Kazar Abd Razak sebagai Che Jan
  • Elisya Sandha sebagai Alisa
  • Damia Qaissara sebagai Bunga
  • Adam sebagai Danial
  • Syed Irfan sebagai Danish
  • Nur Auni Zahra sebagai Alisa
  • Ameer Imran sebagai Randi

Sinopsis Hilang Yang Kembali

Drama ini mengisahkan konflik kekeluargaan kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka, Daniel yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dikesan.

Puas mereka mencari Danial tetapi tidak dijumpai. Razif meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Pada mulanya, Fara berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka.

Sebulan kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang juga namun tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi tamparan dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendam dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya. Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara bertambah tertekan. Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.

Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Fara ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara yakin pemuda itu adalah anaknya. Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial.

Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya? Apakah kepulangannya menjadi pengubat rindu atau hanya mengundang episod derita yang seterusnya?

author
Author: 
    Filem Dendam Pontianak 2019
    Filem Dendam Pontianak genre seram ini mula ditayangkan di pawagam pada 12 September
    Siapa Sebenarnya Tunang Pelakon Comel Intan Najuwa
    Nama : Razrul Anwar Rusli Negeri Kelahiran  : Kedah Umur : 38 tahun
    Filem Sangkar 2019 Kutipan 7.2 Juta Selama 10 Hari
    Sangkar merupakan filem terbaru yang mula ditayangkan pada 29 Ogos 2019 telah berjaya
    Drama Tuan Danial (TV3) – Idris Khan & Intan Najuwa
    Info Drama Tuan Danial Episod: 13 episod Stesen TV: TV3 (Slot Lestary) Penulis

    Leave a reply "Drama Hilang Yang Kembali (TV3) – Aqasha, Emelda Rosmila & Nafiz Muaz"