Doa Penutupan Majlis (Versi 1)

Memohon Doa

Doa Penutup Majlis


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


َالْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ. يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ. وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ. وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَات. وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَات. وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ. وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Pada hari yang berbahagia ini, kami memanjatkan kesyukuran kehadrat-Mu yang telah memberikan kami kesempatan untuk berhimpun bersama dalam majlis perjumpaan semula ini. Mudah-mudahan majlis ini akan mendapat barakah dari-Mu seterusnya menjadi majlis untuk kami merapatkan silaturrahim antara kami.

Ya Rahman ya rahim Ya Rabbal alamin, kami memohon dari-Mu. Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu. Tautkanlah ikatan ukhwah dan silaturrahim di antara kami. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki, fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.

Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, berilah kami keberkatan dalam segala gerak laku kami. Kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan kami dan jadikan kami sebagai muslim sejati yang sentiasa dahagakan ibadat dan ketakwaan pada-mU. Penuhilah diari kehidupan kami dengan amal ibadat sebagai bekalan kami untuk menuju akhirat-Mu.

اللهمّ يا رحمن، يا عزيز، يا غفّار

Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri, dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

 

author
Author: 
    Apa Beza MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT
    Definisi Insurans Rumah MRTA, MRTT,MLTA dan MLTT MRTA –Mortgage Reducing Term Assurance MRTT
    Apa Beza Hibah, Wasiat dan Faraid
    Apa beza antara hibah, wasiat dan faraid ? Hibah Hibah ialah pemberian harta
    Cara Padam Akaun Facebook
    Berikut adalah cara padam atau delete akaun facebook. Ia sangat berguna terutamanya buat
    e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC
    e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan

    Leave a reply "Doa Penutupan Majlis (Versi 1)"