Doa Pembukaan Majlis (Versi 1)

Memohon Doa

Doa Pembuka Majlis


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


َالْحَمْدُ ِللهِ رَبِ الْعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِى نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ. يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. صَلاَةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ اْلأَهْوَالِ وَاْلآفَاتِ. وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ. وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَات. وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَات. وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى اْلغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِى الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ. وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah, tunjukkanlah kami ke arah kebaikan dan pertingkatkanlah iman kami serta limpahkanlah kemakmuran dan kebahagiaan kepada negara kami bagi mencapai kejayaan dalam segala urusan. Bukakanlah pintu hati kami dengan kebijaksanaan, ilmu pengetahuan dan hikmah dari-Mu. Justeru itu, janganlah Engkau membiarkan kami mengendalikan urusan kami bersendirian tanpa hidayah-Mu.

Ya Allah, kami memohon dari sifat ihsan-Mu, agar dikurniakan kepada kami nikmat kestabilan, kesejahteraan dan keselamatan. Lindungilah kami dari segala keburukan, keaiban, kemungkaran dan kemaksiatan. Permudahkanlah kami dalam melaksanakan program ini. Kami memohon keredaan-Mu, agar segala usaha yang dijalankan ini mendapat keberkatanMu.

Ya Allah, sesungguhnya amat banyak pertolongan-Mu yang telah Engkau kurniakan kepada kami, dengan pertolongan-Mu jualah, dapatlah kami mengatur serta berkumpul sebegini, dengan harapan semoga dapat merapatkan lagi hubungan dan jalinan mesra di antara kami. Mudah-mudahan kesatuan mutlak dapat ditegakkan dan mahabbah serta ukhuwwah dapat dieratkan.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini satu perpisahan yang diberkati dan dilindungi.


رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

 

author
Author: 
    Alamat & No. Telefon Sekolah di PPD Batu Pahat, Johor
    Senarai Sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat, Johor SEKOLAH KEBANGSAAN
    Alamat & No. Telefon Sekolah di PPD Kluang, Johor
    Senarai Sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kluang, Johor SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA)
    Manfaat Cicak Tokek Yang Mempunyai Nilai Tinggi
    Manfaat Tokek Tokek sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina yang mempunyai kesan anti-tumor.
    Cara Merawat Penyakit Stroke
    Setiap penyakit ada ubatnya. Kita sebagai hamba Allah hanya mampu berikthiar dan berusaha

    Leave a reply "Doa Pembukaan Majlis (Versi 1)"