Doa Majlis (Mudah, Ringkas & Padat)

Doa Seorang Lelaki Bg

Doa majlis kebiasaannya dibaca pada permulaan sesuatu majlis. Ia digunakan sebagai pembuka majlis yang mana kita memohon kebaikan dari Allah SWT untuk sesuatu majlis tersebut. Antara majlis yang sesuai bagi doa ini adalah majlis perpisahan, majlis kesyukuran dan perhimpunan sekolah atau agensi kerajaan. Pembaca doa pula mestilah di kalangan kaum lelaki dan tentunya kelihatan lebih ilmu agamanya berbanding yang lain.

Berikut dikongsikan doa majlis sebagai panduan. Semoga bermanfaat buat semua.

Bacaan Doa Majlis (Mudah dan Ringkas)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَلَمِْينَ
(Alhamdulillahirobbil alamin)
وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ أَشْرَفِ الأَنْبِيَآءِ وَالمُرْسَلِينَ
(wassholatu wassalamu ‘ala asrofil ambiya iwal mursalin )
وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ
(wa’ala alihi wasohbihi aj ma’in)

Ya Allah Ya tuhan kami.
Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan majlis pada hari ini, kami memohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian kepada kami. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami supaya kami dapat mengisi ilmu dan pengetahuan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkatilah majlis ini dengan limpahan rahmatMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah

Kami berkumpul untuk menimba ilmu, bertukar pendapat, menyumbangkan buah fikiran, menghubungkan silaturahim, dan memberi sokongan ke arah meningkatkan lagi prestasi jabatan kami.

 

Ya Allah  Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada hari ini,

agar kami dapat melaksanakan segala kebajikan

Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada melakukan keburukan.

 

Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan

dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut.

Serta muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.


رَبَّنَا  أَتِنَا فِى الدُّنيَا حَسَنةً
(Rabbana aatinaa fid dunya hasanah)
وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّاِر
(Wa fil aakhirati hasanah, waqinaa ‘azaaban naar)
سُبحَانَ رَبِّكَ  رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ
(Subhaana rabbikaa rabbil ‘izzati ‘ammaa yashifuun)
وَسَلاَمٌ عَلَى المرُسَلِينَ
(Wa salaamun ‘alal mursaliin)
وَالحَمدُ للهِ رَبِّ العَلَمِينَ
(Wal hamdulillahi rabbil ‘aalamiin)

author
Author: 
    Apa Beza MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT
    Definisi Insurans Rumah MRTA, MRTT,MLTA dan MLTT MRTA –Mortgage Reducing Term Assurance MRTT
    Apa Beza Hibah, Wasiat dan Faraid
    Apa beza antara hibah, wasiat dan faraid ? Hibah Hibah ialah pemberian harta
    Cara Padam Akaun Facebook
    Berikut adalah cara padam atau delete akaun facebook. Ia sangat berguna terutamanya buat
    e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC
    e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan
    1. author

      SENTIASA PANAS3 months ago

      As-salam admin. Doa yang mudah, lengkap dan ringkas.

      Reply

    Leave a reply "Doa Majlis (Mudah, Ringkas & Padat)"