Dilwale 2015

Bollywood-Dilwale-Movie-Review-SRK_KAJOL

Siapa sini peminat Shah Rukh Khan dan Kajol? Siapa yang dah tengok movie romantic action comedy РDilwale 2015 arahan Rohit Shetty. Kalau zaman budak-budak dulu dalam tahun 1995 filem Dilwale Dulhania Le Jayenge  memang menjadi sebutan dan ramai yang menganggap  filem Dilwale 2015 ini ada kaitan dengan filem Yash Chopra ini. Sebenarnya filem ini tiada kaitan langsung antara kedua-duanya.. sobs2.. huhu kecuali gandingan yang serasi antara Kajol dan Shah rukh Khan SRK..

ok.. kita tengok review filem ini dari ‘the vocket.com ‘ di bawah:

Dilwale adalah tajuk yang dipinjam atau diambil dari filem Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995) yang turut menampilkan Shah Rukh Khan dan Kajol sebagai watak utama.

Pembukaan cerita ini memaparkan Raj (Shah Rukh Khan) yang tinggal di Goa bersama adik lelakinya Veer (Varun Dhawan), dan dua orang sidekick nya Shakti (Mukesh Tiwari) dan Anwar (Pankaj Tripathi). Turut diperkenalkan pada babak awal ialah kawan baik Veer iaitu Sidhu (Varun Sharma). Raj dan Veer menampung hidup mereka dengan menjalankan perniagaan bengkel kereta-kereta mewah.

Raj dilihat sebagai seorang yang sopan dan dihormati oleh jiran tetangga. Ini dapat dilihat apabila Raj menyelamatkan Money Bhai (Johnny Lever) daripada dipukul oleh orang kampung akibat mencuri telefon.

Pada suatu pagi, Veer yang sedang menguji BMW pelanggan bersama-sama Sidhu terserempak dengan Ishita (Kriti Sanon) yang terkandas di tepi jalan akibat kerosakan skuternya. Bermula saat itu Veer mula menawan hati Ishita dan akhirnya mereka jatuh cinta.

dilwale_love

20 minit pertama Dilwale tiada apa yang menarik. Malah saya merasakan sedikit bosan apatah lagi melihat karekter Raj yang tidak berapa jantan. Namun persepsi saya mula berubah apabila masuk babak Raj dan sidekicknya mencari gengster yang memukul adiknya.

Baca:  Petua Hilangkan Sakit Gigi Tanpa Ubat

Cerita menjadi semakin menarik apabila masuk babak flashback 15 tahun dulu di Bulgaria yang mana nama sebenar Raj ialah Kaali, seorang mafia. Ia memaparkan aksi kejar-mengejar dan tembak-menembak antara geng Kaali dan musuhnya. Ketika aksi kejar-mengejar menggunakan kereta itulah Kaali terlanggar Meera (Kajol) yang muncul secara tiba-tiba di hadapan keretanya yang dipandu laju. Potong stim.

Sebagai seorang peminat filem aksi, thriller, dan yang menaikkan adrenalin saya sedikit kecewa apabila babak aksi kejar-mengejar tersebut dipotong dengan aksi romantika. Tapi saya sedar saya sedang menonton filem cinta bukan filem lakonan Jason Statham.

 

Sejak terlanggar Meera, Kaali seperti tidak dapat lupakan Meera dan bermula lah kisah mengorat Kaali untuk menawan hati Meera. Antara babak menarik Kaali mengorat Meera yang saya tak dapat lupakan ialah ketika Meera meminta pertolongan Kaali untuk menyelamatkannya daripada gangguan lelaki-lelaki tempatan yang selalu mengganggunya.

 

Babak lain ialah ketika Meera hanya memberi 5 minit saja untuk Kaali datingdengan beliau. Babak ini bagi saya memang genius, kelakar dan romantik habis. Ditambah dengan suasana bandar Bulgaria yang cantik. Terasa macam nak tempah tiket penerbangan ke Bulgaria masa tu.

 

Pengarah filem Dilwale, Rohit Shetty pandai dalam membuat twist apabila Meera sebenarnya ialah anak kepada musuh Kaali apabila Meera dilihat turun dari Hummer kuning bak seorang Kak Long kawasan selepas aksi tembak menembak yang menyaksikan kereta Kaali terbabas. Seperti dijangka Meera tidak meneruskan niat membunuh Kaali walaupun sudah mengacukan pistol ke arah Kaali apabila melepaskan Kaali yang ketika itu helpless.

 

Baca:  Biodata Penyanyi Yunalis aka Yuna

Fast Forward selepas 15 tahun, mereka dipertemukan semula menerusi adik masing masing Veer dan Ishita. Memori dan dendam lama mereka menjadi penghalang untuk Veer dan Ishita meneruskan perkahwinan. Pada masa yang sama Veer dan Ishita cuba merungkai kisah lama abang dan kakak mereka. Namum sampai ke penamat cerita Veer dan Ishita masih tidak tahu yang abang dan kakaknya bekas mafia.

Sepanjang saya menonton filem ini, saya mengharapkan penamat yang lebih dramatik seperti ada pertempuran antara Kaali dan musuh lama mahupun geng dadah di kawasan tempat tinggalnya. Dan, Veer dapat tahu yang abangnya seorang ketua mafia 15 tahun dulu yang selama ini kelihatan seperti seorang alim. Namum semua itu tidak berlaku.

DILWALE-MOVIE-2015

Untuk lakonan pula, Shah Rukh Khan menampilkan lakonan yang sepatunya sebagai seorang Shah Rukh Khan. Saya rasa peminat-peminat wanita pasti cair melihat renungan mata dan penampilan beliau ketika babak majlis kahwin Sidhu.

 

Kajol pula, walaupun sudah berusia masih berupaya membuat orang ramaimelting. Bukan saja dari segi rupa paras bahkan lakonannya masih mantap walaupun ringkas dan tidak nampak berat.

iceland_dilwale_screenshot

Sinematografi dan babak di Bulgaria sangat mengasyikkan. Lagu-lagu yang dimainkan pula just nice. Cuma satu lagu saja yang masih bermain dalam kepala saya sehingga kini iaitu Janam Janam.

 

Secara keseluruhan Dilwale ialah filem yang seronok untuk ditonton walaupun jalan ceritanya agak dapat dijangka.

Sebenarnya, jika anda peminat tegar filem lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol tiada sebab anda untuk tidak pergi menonton filem terbaru beliau ini. Berhenti membaca dan terus periksa jadual tayangan di pawagam berhampiran anda, sekarang.

credit kepada www.thevocket.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*