Ciri-ciri Kanak-kanak OKU Masalah Pembelajaran

Sunset People Hope Disabled OKU

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindakbalas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

Definisi Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Kanak-kanak OKU yang mempunyai masalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:

  1. kebolehan kognitif
  2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
  3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
  4. penguasaan membaca
  5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
  6. kemahiran matematik

Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran

1) Ciri-ciri Fizikal

Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

2) Ciri-ciri Intelek

Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya, mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dan perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa.
Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

3) Ciri-ciri Sosial dan Peribadi

Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

author
Author: 
    Alamat & No. Telefon Sekolah di PPD Batu Pahat, Johor
    Senarai Sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat, Johor SEKOLAH KEBANGSAAN
    Alamat & No. Telefon Sekolah di PPD Kluang, Johor
    Senarai Sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kluang, Johor SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA)
    Manfaat Cicak Tokek Yang Mempunyai Nilai Tinggi
    Manfaat Tokek Tokek sering digunakan dalam perubatan tradisional Cina yang mempunyai kesan anti-tumor.
    Cara Merawat Penyakit Stroke
    Setiap penyakit ada ubatnya. Kita sebagai hamba Allah hanya mampu berikthiar dan berusaha

    Leave a reply "Ciri-ciri Kanak-kanak OKU Masalah Pembelajaran"