Cara Masak Lauk Sardin Yang Simple & Sedap

Ikan Sardin Resepi

Lauk ikan sardin dalam tin sering dikaitkan dengan resepi kecemasan. Ini kerana ia sangat simple, mudah dan senang disediakan. Walaupun harga sardin kini tidaklah begitu murah namun disebabkan ia sedap dimakan maka masih ramai orang menjadikannya sebagai lauk utama makanan harian. Antara jenama sardin yang bagus tentulah Ayam Brand dan King Cup.

Ada juga yang meragui tentang nutrisi kesihatan jika anda kerapkali memakan ikan sardin dalam tin. Tambahan lagi, baru-baru ini kita pernah terpalit dengan isu ada cacing dalam sardin. Tetapi isu tersebut kini telah selesai dan berlalu sebagai sejarah. Tepuk dada tanya selera.

Ok jom kita lihat resepi dan cara memasak sardin yang cepat dan sedap seperti di bawah. Kredit kepada Azhan.co atas resepi ini.

Bahan-bahan

  • 1 tin jenama sardin premium iaitu Ayam brand atau King Cup.
    (Kalau nak jimat guna sardin jenama Adabi)
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 biji lada hidup – dimayang
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Kicap manis secukup rasa
  • Minyak masak
  • Tomato dan ubi kentang (jika suka)

Cara Masak Lauk Sardin

  1. Masukan minyak ke dalam kuali.
  2. Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan lada hidup.
  3. Apabila naik bau, masukkan ikan sardin dalam tin ke dalam kuali.
  4. Masukkan air dengan anggaran setengah isipadu tin sardin. Jika suka kuah pekat, kurangkan jumlah air.
  5. Masukkan secubit garam, satu sudu kecil gula dan sedikit kicap manis.
  6. Tambah tomato dan ubi kentang jika suka.
  7. Jika sudah mendidih, kecilkan api dan biarkan ia mereneh dalam 2 minit.
  8. Siap untuk dihidang.

Ayam Brand Ikan Sardine Ikan Sardin Resepi

author
Author: 
    Filem Dendam Pontianak 2019
    Filem Dendam Pontianak genre seram ini mula ditayangkan di pawagam pada 12 September
    Siapa Sebenarnya Tunang Pelakon Comel Intan Najuwa
    Nama : Razrul Anwar Rusli Negeri Kelahiran  : Kedah Umur : 38 tahun
    Filem Sangkar 2019 Kutipan 7.2 Juta Selama 10 Hari
    Sangkar merupakan filem terbaru yang mula ditayangkan pada 29 Ogos 2019 telah berjaya
    Drama Hilang Yang Kembali (TV3) – Aqasha, Emelda Rosmila & Nafiz Muaz
    Drama Hilang Yang Kembali Episod: 12 episod Mula Tayangan: 20 Ogos 2019 Waktu

    Leave a reply "Cara Masak Lauk Sardin Yang Simple & Sedap"