Bioadata Jihan Muse Isteri Ungku Hariz

Bioadata dan perjalanan karier  Jihan Muse, pelakon dan pelawak terkenal.

 

ungku-hariz-jihan-muse-pelawak

 

Nama Sebenar : Nuur Jihan binti Musa
Nama Artis : Jihan
Umur : 33 tahun
Tarikh lahir : Ogos 1983
Status : Bujang
Asal : Shah Alam, Selangor
Pekerjaan : Teater, Pelawak, Pengacara, Pelakon

Jihan Muse salah seorang pelawak dari Malaysia. Dia merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Jihan mula berjinak dengan bidang seni di pentas teater di bawah Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani), Pada tahun 2009, Jihan mencabar diri menyertai pertandingan realiti Raja Lawak. Mulanya kehadiran Jihan kurang diterima tapi hasil persembahan yang baik, dia akhirnya berjaya menyandang naib juara Raja Lawak musim ketiga.

Ketika itu, dia masih bekerja sebagai juruteknik bangunan di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor dan hanya menerima tawaran berlakon pada hujung minggu. Tamat saja kontrak dengan MBSA, Jihan mula menceburi bidang seni secara serius. Dia berazam meletakkan pelawak wanita setanding dengan lelaki.

Kembara seninya agak perlahan pada mulanya tetapi mula memacu laju apabila menjadi peserta Maharaja Lawak pada tahun  2011. Gelaran Ratu Parodi dek meniru gaya artis dalam segmen Parodi rancangan MeleTOP membuatkan dirinya tambah dikenali oleh peminat.

Baca:  Biodata Penuh Artis Cantik Ummi Nazeera -Patahnya Sebelah Sayap

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*