Apa Beza Hibah, Wasiat dan Faraid

Hibah dan Wasiat

Apa beza antara hibah, wasiat dan faraid ?

Hibah

Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah. Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya. Pemberian secara hibah bukan bertujuan untuk mengharapkan pahala dan bukan bertujuan untuk memuliakannya, tetapi hibah adalah lebih kepada pemberian yang berbentuk kasih sayang.

Ciri-ciri hibah adalah seperti berikut:

  1. Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
  2. Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
  3. Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
  4. Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.
  5. Akad hibah dibuat secara sukarela tanpa paksaan.
  6. Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang

Wasiat

Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Pada asasnya wasiat hanya diberikan kepada Bukan Waris kerana tujuannya adalah untuk mendekatkan diri dengan Allah dan mengharapkan pahala.

Hadis Riwayat Abu Daud: Wasiat tidak boleh diberikan kepada waris.

Daripada Abi Umamah berkata, “Aku telah mendengar Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda, Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memberikan kepada orang yang berhak haknya, ketahuilah tiada wasiat kepada ahli waris”

Faraid

Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan dan boleh dikatakan pembahagian ‘default’ hak harta pusaka sekiranya tiada dokumen Hibah atau Wasiat yang ditulis.

Faraid merupakan pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang yang telah ditetapkan di bawah hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah atau layak (seperti ibu, bapa,suami/isteri, anak lelaki,dan anak perempuan).

Kadar pembahagian hak faraid telah digariskan dengan jelas dalam al-Quran menerusi surah an-Nisa’ ayat 11-12. Hak setiap individu telah ditetapkan bergantung kepada struktur keluarga waris yang berhak dan masih hidup.

 

 

Hibah

 

 

author
Author: 
    Apa Beza MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT
    Definisi Insurans Rumah MRTA, MRTT,MLTA dan MLTT MRTA –Mortgage Reducing Term Assurance MRTT
    Cara Padam Akaun Facebook
    Berikut adalah cara padam atau delete akaun facebook. Ia sangat berguna terutamanya buat
    e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC
    e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan
    SAPS – Semak Keputusan Peperiksaan UPSR, PMR, SPM Secara Online
    Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ! Perkhidmatan percuma yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran

    Leave a reply "Apa Beza Hibah, Wasiat dan Faraid"